info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Cuma ada RM20, wanita ajar cara berbelanja... Menu sedap, kenyang dan sihat

Lead Image

NILAI RM20 mungkin nampak kecil bagi orang lain, namun bagi mereka yang pernah melalui kesusahan dalam hidup, nilainya sangat besar dan berharga.

Jika ke pasar untuk membeli barang basah, apa sahaja yang boleh dibeli dengan nilai sebegitu?

Menerusi perkongsian seorang wanita dalam Facebook, dia berkongsi tip meneruskan hidup berbekalkan RM20 yang ada di tangan.

Dengan wang RM20 masih dapat mengenyangkan perut jika bijak berbelanja.

Sekadar berkongsi kisah peribadi apabila pernah melalui zaman sukar suatu ketika dahulu, wanita tersebut berkata dia sekadar mahu berkongsi tip berbelanja seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Kalau kesempitan wang ada cuma RM20, jangan beli mi segera. Belilah ayam seekor (berharga bawah RM20) dan potong kecil-kecil.

"Ambil segenggam beras jadikan bubur dan letak ayam dalam masakan.

"Kalau ada sayur tanam keliling rumah seperti kangkung lagi bagus, masak atau celurkan sahaja makan dengan bubur," kongsinya.

MENARIK DIBACA: Kopi paling mahal di dunia ada di Dubai, RM4,000 secawan!

MENARIK DIBACA: Makan perlahan kurangkan risiko obesiti sebanyak 45 peratus

Katanya lagi, masakan ringkas begitu tidak memerlukan bahan perasa tambahan kerana rasa ayam itu sendiri sudah membuatkan ia menjadi sedap.

"Ayam dah ada rasa kalau tak mampu beli garam, pun tak mengapa.

"Saya cakap begini sebab dah pernah lalui perkara sama dan itulah saya buat," katanya.

Netizen meninggalkan komen bersetuju dengan cara yang diajar wanita tersebut.

Di ruangan komen, ramai pengguna lain bersetuju dengan kaedah yang diajar, malah menyifatkan menu sebegitu jauh lebih sihat dan mengenyangkan.

"Setuju! buat menu berkuah macam tomyam, sup ayam. Lebihkan kuah pun tak apa nanti boleh makan dengan mihun, mi atau kuetiau.

"Betul. Belilah ayam seekor, telur sepapan, minyak masak sepeket. Dah boleh hidup sementara tunggu gaji masuk.

"Betul sangat! Kalau saya kesempitan duit pun, saya akan beli ayam. Wajib ada dalam peti sejuk," demikian antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

4 sekeluarga maut dalam masa 24 jam selepas makan tembikai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Pelancong Indonesia pelik saiz ayam Malaysia terlalu besar - "Jenis apa sebenarnya?"

Terhangat