Yong tau fu antara makanan pasar malam berisiko dicaj harga cekik darah! Ambil seronok, nak bayar 'menangis'
HARGA makanan di pasar malam sering menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen, terutama apabila jumlah yang perlu dibayar jauh lebih tinggi daripada jangkaan.
Seorang wanita meluahkan rasa terkejut dengan harga yang perlu dibayar apabila membeli yong tau fu di sebuah pasar malam.
"Yong tau fu pasar malam, RM96, terperanjat kita," tulisnya ringkas.

Perkongsian tersebut menarik perhatian warga maya yang rata-rata turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika membeli yong tau fu secara timbang atau memilih sendiri bahan-bahannya.
Menurut seorang netizen, dia baru sahaja mengalami situasi serupa di pasar malam Paka, Terengganu apabila dikenakan caj RM33 walaupun merasakan jumlah makanan yang diambil tidak banyak.
"Baru kena tadi di pasar malam Paka, kena RM33, terkejut juga padahal ambil tak banyak mana pun," tulisnya.
Seorang lagi netizen pula mengimbau pengalaman melihat pelanggan lain membayar sehingga RM134 untuk yong tau fu.
MENARIK DIBACA: Program makanan percuma bertukar tragedi, ratusan murid dikejarkan ke hospital lepas makan daging
MENARIK DIBACA: "Kalau boleh nak sejambak bayam" - Geng cikgu mengaku teruja dapat barang dapur hadiah Hari Guru
"Pernah juga saya ke pasar malam, tengah beratur, saya punya RM10 sahaja, sekali orang sebelah saya punya RM134, padahal nampak sikit saja.
"Yong tau fu memang syok main ambil je. Tapi bila nak bayar 'menangis'. Masa zaman 'study' dulu pernah beli untuk makan seorang kena RM60," ujar seorang pengguna.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempertikaikan konsep sesetengah gerai yong tau fu yang didakwa lebih banyak menjual makanan diproses berbanding bahan segar.

"This is not yong tau fu, this is called processed food. Do you guys even know what does it mean yong tau fu?
"Protein pun kerang dengan perut lembu. Lain semua processed food jual harga macam tu. Buat steamboat kat rumah siap boleh grill daging," komen seorang individu.
Perkongsian itu sekali gus mengingatkan pengguna supaya lebih berhati-hati ketika memilih makanan dijual mengikut berat atau harga seunit kerana walaupun kelihatan sedikit ketika diambil jumlah keseluruhan boleh meningkat kepada harga tak dijangka.