KUALI | Dunia

Roti John ‘mendonia'! Peserta MasterChef Australia dari Malaysia curi perhatian juri

Lead Image

PENYERTAAN rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dalam program realiti masakan antarabangsa semakin membuka mata dunia terhadap keunikan makanan tempatan.

Bukan sahaja membawa identiti dan budaya sendiri, mereka boleh diibarat menjadikan hidangan Malaysia sebagai 'senjata' untuk mencuri perhatian juri dan penonton global.

Terbaharu, peserta kelahiran Pulau Pinang, Miin Wei Looi meraih perhatian dalam rancangan MasterChef Australia 2026 (Mastercheau) (Siri 18) apabila mempersembahkan hidangan diinspirasikan daripada roti John, makanan jalanan popular Malaysia dan Singapura.

Cabaran ‘Sandwich Challenge’ memberi tumpuan pada pencarian sandwic paling kreatif dalam pertandingan rancangan memasak itu.

Episod berkenaan secara tidak langsung mengangkat roti John sebagai antara makanan jalanan Asia Tenggara yang mampu dipersembahkan dalam gaya fine dining.

Kreativiti pembuat kandungan itu bukan sahaja menerima pujian juri, malah ramai netizen Malaysia turut berbangga melihat cita rasa tempatan diketengahkan di dapur pertandingan bertaraf dunia itu.

Musim ke-18 MasterChef Australia menampilkan barisan juri terkenal iaitu Andy Allen, Poh Ling Yeow, Sofia Levin serta Jean-Christophe Novelli.

MENARIK DIBACA: Cara senang buat apam nasi gebu, makan pula dengan kelapa parut berlemak 2-3 biji 'confirm' tak cukup

MENARIK DIBACA: Wanita panik lihat isi ikan tongkol warna pelangi, sangka tak selamat dimakan! Rupanya rugi besar jika buang

Antara fakta menarik mengenai Miin dan hidangannya:

1.Miin adalah peserta Top 24 MasterChef Australia 2026 dan kini menetap di Victoria, Australia.

2.Lelaki berusia 52 tahun itu bekerja sebagai 'communications strategist' selain aktif sebagai tukang masak di rumah.

3.Dilahirkan dalam keluarga Cina Malaysia di Pulau Pinang, Miin membesar dengan pengaruh masakan tradisional Malaysia kaya dengan elemen Cina dan India.

Juri memberi respon positif terhadap roti john diketengahkan Miin.

4.Dia juga mengakui banyak mendapat inspirasi daripada bekas peserta MasterChef Australia seperti Adam Liaw dan Alvin Quah.

5.Penyertaannya dalam program itu bertujuan menguji kemampuan diri selain mahu membawa warisan rasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.

6.Miin turut memasang impian menghasilkan sos dan pes masakan Malaysia jenamanya sendiri untuk masa akan datang.

7.Dalam episod terbaharu MasterChef Australia 2026, Miin menghasilkan hidangan 'Roti John-esque' chicken curry sandwich diinspirasikan daripada roti John klasik.

8.Sandwic itu disediakan menggunakan inti ayam kari dan dibalut dengan lapisan telur nipis seperti omelet.

Roti john dihasilkan oleh Miin dipuji kerana tekstur lembut dan menarik perhatian.

9.Lebih menarik, hidangan tersebut turut dihidangkan bersama kuah kari ayam sebagai pencicah, sekali gus memberi sentuhan lebih moden dan premium kepada makanan jalanan berkenaan.

10.Cabaran ‘Sandwich Challenge’ memberi tumpuan pada pencarian sandwic paling kreatif dan berpotensi menjadi viral dalam pertandingan itu.

11.Juri jemputan, Khanh Ong memuji rupa potongan sandwic Miin selain menyifatkan rasanya cukup seimbang dan menyelerakan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Sejarah Gardenia bermula di Sabah, teknik fermentasi dan 'rehat' rahsia roti lembut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Anak minta ibu buat bekal khas untuk ustazah kesayangan, ramai puji bento nasi lemak comel

Terhangat