info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Cara senang buat apam nasi gebu, makan pula dengan kelapa parut berlemak 2-3 biji 'confirm' tak cukup

Lead Image

BAGI penggemar kuih tradisional, apam nasi mesti termasuk dalam senarai sajian kegemaran.

Teksturnya lembut, rasa manis pula sederhana dan paling nikmat bila dimakan bersama kelapa parut segar dengan rasa lemak masin.

Sekiranya ada nasi lebih dan sudah bosan buat nasi goreng, apa kata cuba buat kuih ini pula.

Di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai ckfaa berkongsi resipi apam nasi yang mudah untuk dilakukan.

Hasilnya memang lembut, wangi dan ‘fluffy’ sama seperti apam dibeli di pasar pasar malam.

Lagi sedap kalau dimakan panas-panas bersama kelapa parut yang diletak sedikit garam mesti tak cukup sebiji!

Kalau anda jenis suka kuih homemade, resipi ini memang patut masuk dalam senarai wajib cuba hujung minggu ini.

Tunggu apa lagi jom kita buat!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula (dikisar)
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu serbuk penaik

MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!

MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan basah (nasi, air, gula kisar) dan bahan kering sekali dalam bekas besar.
  2. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan benar-benar halus.
  3. Peram adunan selama lebih kurang satu jam sehingga naik dan berbuih.
  4. Bahagikan adunan dan letakkan pewarna mengikut cita rasa.
  5. Panaskan pengukus dan sapu sedikit minyak pada acuan supaya tak melekat.
  6. Bila air pengukus sudah mendidih, tuang adunan ke dalam acuan.
  7. Kukus selama 15–20 minit sehingga masak sempurna.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

'Aunty' India ajar cara masak kari 'terangkat'! Tak guna santan tapi berlemak, bahan tumis jadikan kuah pekat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Cara buat kuah rojak padu... Gaul dengan mangga muda, awas tak boleh berhenti makan!

Terhangat