info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Cara buat kuah rojak padu... Gaul dengan mangga muda, awas tak boleh berhenti makan!

Lead Image

SETIAP kali balik kampung, kadang-kadang kita tak tahu nak buat apa dengan mangga yang dibawa balik ke bandar.

Mana tidaknya, kebanyakannya masih muda, kalau nak makan begitu saja memang masam dan kelat. 

Terpaksa tunggu beberapa hari lagi untuk ia masak sedikit baru manis untuk dinikmati.

Menerusi perkongsian seorang pengguna, mangga muda sebenarnya boleh dijadikan rojak yang sedap hanya menggunakan bahan-bahan asas yang ada di dapur sahaja.

Rahsia kesedapannya terletak pada kicap pekat dan belacan bakar yang menaikkan aroma serta rasa umami, sekali gus memekatkan kuah rojak.

Gabungan masam, manis, pedas dan masin ini memang buatkan rasa ketagih dan susah nak berhenti makan.

Jom cuba resipinya!

Menerusi perkongsian resipi belacan menaikkan rasa rojak berkenaan.

Bahan-bahan

  • Kicap pekat
  • Belacan (dibakar)
  • Gula
  • Cili padi
  • Mangga muda (dihiris nipis)

MENARIK DIBACA: Rojak buah segar RM10 penuh sebekas, memang puas hati!

MENARIK DIBACA: Kuah colek pedas cicah jambu buat kecur air liur, kena cuba resipinya!

Cara penyediaan

  1. Tumbuk atau kisar belacan yang telah dibakar sehingga lumat.
  2. Campurkan belacan tersebut bersama kicap pekat di dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang disukai.
  4. Tumbuk atau hiris halus cili padi, kemudian masukkan ke dalam campuran kuah.
  5. Gaul rata semua bahan sehingga kuah menjadi pekat dan sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan mangga muda dan gaul hingga sekata.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara senang buat apam nasi gebu, makan pula dengan kelapa parut berlemak 2-3 biji 'confirm' tak cukup

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Terung balado dah cukup enak, tambah limau purut dan ikan bilis terus naik 'level'

Terhangat