info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Terung balado dah cukup enak, tambah limau purut dan ikan bilis terus naik 'level'

Lead Image

KALAU anda penggemar lauk kampung yang pedas menyengat dan cukup membuka selera, terung balado adalah pilihan terbaik.

Gabungan terung goreng yang lembut di dalam, bersama sambal balado yang pedas manis dan aroma daun limau purut, memang buat anda bertambah nasi dua tiga kali.

Lebih menarik, resipi ini turut ditambah ikan bilis goreng rangup yang menjadikan rasanya lebih padu.

Paling penting, ketika menggoreng terung, jangan terlalu lama supaya teksturnya tidak terlalu lembik dan masih sedap apabila digaulkan bersama sambal.

Jom Kuali kongsi resipinya:

Jangan terlalu lama menggoreng terung supaya teksturnya tidak terlalu lembik.

Bahan-bahan

Bahan utama:

  • 4 biji terung ungu (belah dan potong memanjang)
  • Minyak untuk menggoreng
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan serbuk pati ayam
  • 50 gram ikan bilis jengki (digoreng garing)

Bahan kisar halus:

  • 5 biji cili merah besar
  • 10 biji cili padi merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu teh gula pasir
  • 2 sudu teh garam

MENARIK DIBACA: Jangan tunggu dah rabun baru nak bertindak, amal terung pipit jaga kesihatan mata

MENARIK DIBACA: Rendam dalam air garam elak terung lebam, warna ungu kekal selepas digoreng

Cara penyediaan

  1. Goreng terung yang telah dipotong sehingga sedikit keperangan, kemudian angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar halus sehingga layu, pecah minyak dan naik bau.
  3. Masukkan daun limau purut, kemudian teruskan memasak sehingga sambal benar-benar masak.
  4. Tambahkan serbuk pati ayam dan kacau sebati.
  5. Masukkan ikan bilis goreng dan terung yang telah digoreng tadi.
  6. Gaulkan sehingga semua bahan bersalut rata dengan sambal.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi panas.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Cara buat kuah rojak padu... Gaul dengan mangga muda, awas tak boleh berhenti makan!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Masak sendiri ayam masak hitam, terubat sedikit rindu masakan ibu di kampung

Terhangat