info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tradisi

Masak sendiri ayam masak hitam, terubat sedikit rindu masakan ibu di kampung

Lead Image

SETIAP kali terhidu aroma ayam masak hitam, pasti teringat masakan air tangan ibu di rumah.

Kuahnya yang pekat kehitaman bersama bau rempah ratus yang harum sudah cukup membuatkan perut berkeroncong. 

Nampak macam susah untuk dimasak, tapi hakikatnya juadah istimewa ini boleh disediakan sesiapa sahaja.

Jom Kuali kongsikan resipi dan cara penyediaan menu ayam masak hitam untuk anda cuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (potong sederhana kecil)

Bahan A (tumbuk kasar)

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
Resipi tradisi ini mengingatkan pada air tangan seorang ibu.

Bahan B

  • 4 sudu besar minyak
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 7 hingga 10 tangkai cili kering (dikisar halus)
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar tomato puri
  • Kicap manis
  • Daun pandan
  • Daun kari
  • 1/2 cawan air

MENARIK DIBACA: [V] Boleh buat bekal bercuti ke luar negara, jom cuba resipi sambal tumis campur 4 dalam 1

MENARIK DIBACA: Terbeban kos sara hidup tinggi, mahasiswa ini terpaksa makan makanan kucing... Dakwa kaya kandungan protein bina otot

Langkah penyediaan

  1. Sediakan ayam yang telah dicuci bersih lalu lumurkan bersama bahan A.
  2. Campurkan dengan serbuk jintan putih dan perap selama 30 minit hingga satu jam (ketepikan).
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis, daun pandan dan daun kari.
  4. Masukkan cili kering yang telah dikisar halus lalu biarkan sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, serai, kicap manis (secukupnya) dan tomato puri.
  6. Tambahkan air, tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan tomato lalu perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  8. Apabila kuah semakin pekat, tutup air dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tradisi

Terung balado dah cukup enak, tambah limau purut dan ikan bilis terus naik 'level'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tradisi

Sambal bilis kantan air tangan Kakak Jambang bikin ramai terliur, patutlah jadi menu 'top' suami

Terhangat