Jangan tunggu dah rabun baru nak bertindak, amal terung pipit jaga kesihatan mata
MUNGKIN ada di antara anda tidak mengenali terung pipit, sejenis terung kecil yang biasanya dijumpai dalam masakan kampung seperti sambal atau gulai.
Di sebalik kecomelan sayur bersaiz kecil molek itu, tersimpan pelbagai khasiat terutamanya untuk kesihatan mata.
Jika anda sering merasa mata cepat letih, silau atau rabun, mungkin sudah tiba masanya mencuba cara semula jadi sebelum melabur banyak wang demi penjagaan mata.

MENARIK DIBACA:[V] Bakteria baik pun kena diberi makan, puding prebiotik bersama chia pilihan sihat untuk kesihatan usus
MENARIK DIBACA: Boleh lupakan ubat tahan sakit, teh halia penawar semula jadi masalah senggugut
Jom Kuali senaraikan 5 kebaikan terung pipit boleh bantu jaga kesihatan mata dengan mudah.

1. Kaya vitamin A
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan mata kering dan masalah rabun malam.
Terung pipit mengandungi vitamin A yang penting untuk penglihatan jelas terutamanya dalam cahaya malap.

2. Antioksidan
Buah ini mengandungi sebatian antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin yang sangat bermanfaat untuk mata.
Antioksidan ini membantu melindungi mata daripada sinar UV dan cahaya biru berbahaya daripada skrin telefon atau komputer, yang boleh merosakkan sel retina dalam jangka panjang.

3. Melambatkan kemerosotan mata
Kerosakan mata seperti katarak dan degenerasi makula sering berlaku apabila usia meningkat.
Terung pipit mengandungi fitonutrien dan mineral yang dapat membantu melambatkan proses penuaan sel mata.
Ini membantu mengekalkan penglihatan yang sihat dan jelas walaupun semakin berumur.

4. Mengurangkan keradangan
Sifat anti-radang dalam terung pipit boleh membantu mengurangkan ketegangan dan keradangan pada mata.
Ia juga membantu mengurangkan keletihan mata akibat penggunaan gajet yang berlebihan.

5. Meningkatkan peredaran darah ke mata
Nutrien dalam terung pipit membantu melancarkan aliran darah ke mata, penting untuk kesihatan retina dan penglihatan yang baik.
Aliran darah yang baik membekalkan oksigen dan nutrien penting ke mata, seterusnya menyokong fungsi retina dan saraf mata dengan lebih berkesan.