KUALI | Nutrisi

Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan

Lead Image

MASALAH bau badan memang boleh buat kita rasa kurang yakin, lebih-lebih lagi untuk mereka yang aktif.

Walaupun ada pelbagai produk pewangi badan di pasaran, kadang-kadang penyelesaian semula jadi lebih selamat dan membantu mengatasi masalah bau badan dihadapi. 

Salah satu petua tradisional popular adalah menggunakan air rebusan daun pandan dan serai.

Air campuran serai dan pandan berkhasiat untuk membantu mengembalikan kesegaran badan.

Sama ada diminum atau dijadikan mandian, kedua bahan itu membantu mengurangkan bau badan secara semula jadi. 

Daun pandan mempunyai aroma harum dan menyegarkan malah tinggi dengan kandungan anti bakteria membantu melawan bakteria penyebab bau badan.

Daun itu juga sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk detoks dan penyegar badan.

MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang

MENARIK DIBACA : Langsung tak terfikir cara ini... Wanita kongsi tip kalau gas habis, 2 bahan bantu memasak ketika ‘darurat’

Sementara itu, serai pula membantu menyegarkan badan dan menenangkan minda dan banyak produk spa kerana kesan relaksasi dan aroma kuat.

Jadi, jangan tunggu lagi, mari cuba sediakan air rebusan daun pandan bersama serai untuk mengembalikan keyakinan!

Bahan-bahan

  • 5 helai daun pandan, disiat kasar
  • 3 batang serai, dititik
  • 1.5 liter air

Cara penyediaan 

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama air.
  2. Rebus hingga mendidih dan naik aroma.
  3. Tutup api dan biarkan selama 20 minit supaya rebusan menjadi suam.
  4. Tapis dan simpan dalam botol.

Sebagai minuman

Amalkan pengambilan satu gelas air rebusan daun pandan dan serai setiap pagi atau malam.

Mandian serai dan pandan membantu mengembalikan kesegaran badan secara semula jadi.

Kaedah amalan ini juga membantu badan singkir kotoran dari dalam secara semula jadi bahkan mengembalikan kesegaran sepanjang hari secara semula jadi. 

Sebagai mandian

Campur air rebusan ke dalam air mandi suam sebanyak 1 liter kemudian mandi seperti biasa. 

Jika ingin menambah kesegaran, boleh juga campur dengan limau purut. 

Kaedah ini sesuai dilakukan sebaiknya 3 kali seminggu. 

Manfaat mandian ini dapat membantu mengurangkan bau badan dan peluh sekali gus melancarkan peredaran darah.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Dah makan pun tiba-tiba rasa nak marah? Rupanya 5 makanan ini penyebab emosi berubah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Jangan tunggu dah rabun baru nak bertindak, amal terung pipit jaga kesihatan mata

Terhangat