Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang
LALAT memang jadi musuh utama di bahagian dapur dan tempat makan.
Bukan sahaja mengganggu, tapi lalat boleh mencemarkan makanan sekali gus membawa penyakit seperti salmonella dan E-coli.
Bila lalat hinggap pada makanan, risiko makanan tercemar meningkat dan perkara itu boleh membahayakan kesihatan keluarga kita.
Jika anda penat dengan cara biasa menghalau lalat menggunakan racun atau perangkap mahal, cuba kaedah semula jadi dan kreatif menggunakan air rendaman kulit pisang.

Kulit pisang biasanya dibuang, sebenarnya ada bau khas terhasil daripada proses penapaian jika direndam dalam air.
Bau fermentasi yang manis boleh menarik lalat ke dalam perangkap tanpa menggunakan bahan kimia.
Bila diselitkan sedikit sabun pencuci dan cuka, kaedah perangkap DIY itu menjadi umpan boleh membuatkan lalat lemas jika hinggap.
MENARIK DIBACA : Ada sebab bawang dan kentang tak boleh disimpan bersama, ikut tip ini elak cepat rosak
MENARIK DIBCA : Tak perlu sabun tapi guna air rebusan daun sirih, cara tradisional cuci puting botol susu anak
Mudah disediakan, murah dan mesra alam, air rendaman kulit pisang sesuai sangat untuk rumah, kedai makan atau dapur anda.
Hanya perlukan lima bahan, anda boleh mulakan proses DIY menghalau kehadiran tetamu tidak diundang itu dengan mudah.
Bahan-bahan diperlukan adalah botol plastik berukuran 1.5 liter, gula dan cuka masing-masing satu cawan, kulit pisang dan air secukupnya.
Langkah membuat perangkap lalat menggunakan air rendaman pisang adalah seperti berikut.

1. Masukkan kulit pisang ke dalam botol.
2. Tambahkan gula dan cuka.
3. Tuang air suam hingga ke paras didalam gambar.
4. Tutup botol dan goncang campuran supaya sebati.
5. Letak botol di tempat terbuka seperti meja makan atau gantung di mana-mana bersesuaian.
6. Bila botol mula dipenuhi lalat, tutup dan buang ke dalam tong sampah.