KUALI | Tip & Trik

Jangan pandang remeh calar pada kuali, penyelidik dedah 2.3 juta partikel plastik masuk dalam makanan

Lead Image

NAMPAK kecil tetapi bahayanya besar.

Calar halus pada permukaan kuali non-stick mungkin dianggap remeh, tetapi hakikatnya ia boleh mengancam kesihatan manusia.

Menurut seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Wan Muhd Ali, setiap goresan mampu melepaskan ribuan partikel plastik (mikroplastik) yang akhirnya masuk ke dalam badan dan meresap ke dalam darah.

Sedikit demi sedikit, ia boleh mengganggu fungsi jantung dan otak, malah dikaitkan dengan risiko kanser yang menjejaskan sistem imun serta saraf manusia.

Goresan boleh mengganggu fungsi jantung dan otak,

"Penyelidik dari University of Newcastle, Australia bongkarkan sesuatu yang agak mengejutkan. 

"Satu calar halus pada halus pada permukaan kuali non-stick boleh lepaskan lebih 9,000 mikroplastik.

"Kalau lapisan tu pecah atau rosak teruk, boleh dianggarkan 2.3 juta partikel plastik termasuk nanoplastik masuk dalam makanan.

MENARIK DIBACA: Sedapnya cicah dengan roti baguette, tak susah pun nak buat sup labu

MENARIK DIBACA: Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

"Bayangkan, tiap kali masak… ada ‘plastik halus’ yang kita tidak nampak, tapi mungkin dah jadi penumpang tetap dalam badan," kongsinya.

Atas sebab itu, orang ramai dinasihatkan segera menukar kuali yang sudah bercalar serta mengelakkan penggunaan sudip besi atau garfu yang boleh merosakkan lapisan non-stick.

"Sekiranya terdapat calar, pengguna perlu menukar terus perkakas atau kuali berkenaan.

"Nak selamat? Guna stainless steel, cast iron, atau ceramic. Kalau nak pakai pun, jangan sampai lunyai," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Beras tak salah! Boleh cuba perah air limau nipis, percayalah nasi tak cepat basi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang

Terhangat