KUALI | Tip & Trik

Tak perlu sabun tapi guna air rebusan daun sirih, cara tradisional cuci puting botol susu anak

Lead Image

MENCUCI puting botol susu bayi sebenarnya bukan perkara susah, tapi jangan sesekali pandang remeh soal kebersihan.

Kebanyakan ibu bapa biasa menggunakan sabun pencuci khas, tapi ada cara semula jadi lebih selamat untuk membersihkan puting tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada sabun.

Sabun mencuci mungkin meninggalkan bahan kimia atau bau kurang sesuai untuk mulut bayi yang sensitif.

Kadang-kadang, sisa sabun tak dibilas sempurna boleh menyebabkan iritasi atau alahan pada kulit bayi.

Jadi, menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti beras atau serbuk soda mudah tersedia di dapur, selain membantu cuci bersih puting botol susu ibu bapa juga lebih tenang dan menjimatkan.

1. Air rebusan daun sirih

Daun sirih cukup dikenali kerana manfaat antibakteri semula jadi kerana kandungan chavicol dan eugenol membantu membunuh kuman dan kulat.

Rebusan daun itu juga membantu mengurangkan bau susu tengik selain membantu melembutkan bahan seperti silikon dan getah jika digunakan dengan betul.

MENARIK DIBACA: Garam dan asam jawa bukan sahaja hilangkan bau hanyir, buat ikan atau daging tahan lebih lama

MENARIK DIBACA: Jom kenali 10 jenis cendawan, bukan jenis tiram dan butang saja enak dimakan

Caranya mudah, cuci daun sehingga bersih dan rebus selama 10 minit sehingga air menjadi kehijauan.

Rendam putin botol susu dalam air selama 10 minit dan gosok perlahan jika perlu kemudian bilas dengan air bersih dan steril seperti biasa.

2. Beras

Kaedah mencuci puting botol susu bayi dengan beras antara petua tradisional masih digunakan ibu bapa.

Beras menghasilkan geseran lembut membantu menanggalkan sisa susu melekat tanpa merosakkan silikon puting.

3. Soda penaik

Sedikit baking soda dalam air suam membantu membersih dan menyingkir bau tak menyenangkan tanpa bahan kimia keras.

Caranya mudah, campur 1 sudu teh soda penaik ke dalam air suam, rendam puting selama 10 minit. Goncang jika mahu kesan lebih bersih.

Lakukan satu hingga dua kali seminggu sahaja kerana kerana soda penaik bersifat alkali.

Jika pembersihan terlalu kerap boleh menyebabkan bahan puting menjadi haus atau iritasi pada bayi jika sisa soda tidak dibersihkan dengan betul.

4. Garam kasar

Garam kasar juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan pencuci semula jadi untuk puting botol susu bayi.

Butiran garam kasar memberikan sentuhan lulur lembut membantu menanggalkan sisa susu melekat tanpa merosakkan permukaan silikon atau getah.

Di samping itu, garam kasar mempunyai sifat antibakteria ringan membantu membersihkan puting secara semula jadi, menjadikannya lebih selamat untuk kegunaan bayi.

5. Air lemon atau limau kasturi

Air lemon atau limau kasturi sering digunakan sebagai bahan pembersih semula jadi kerana kandungan asid sitriknya tinggi.

Ia berkesan membantu melarutkan lemak dan bau terperangkap, terutamanya pada puting botol susu.

Selain memberikan aroma segar, kedua-duanya juga mempunyai sifat antibakteria ringan membantu menyingkirkan kuman secara semula jadi.

Gabungan air lemon atau limau kasturi dengan garam kasar boleh menjadi alternatif pencuci mesra bayi selamat dan bebas bahan kimia.

Boleh juga campur air lemon atau limau kasturi dengan garam untuk kesan lulur lebih baik membersihkan bekas susu.

6. Cuka putih

Cuka putih juga boleh dijadikan sebagai pembasmi kuman ringan, tapi jangan gunakan terlalu kerap dan pastikan cuka dibersihkan sepenuhnya.

Fungsi cuka adalah untuk membasmi bakteria dan kulat.

Gunakan cuka dicampurkan dengan air kosong, rendam puting selama 15 minit kemudian bilas beberapa kali dengan air bersih.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ada sebab bawang dan kentang tak boleh disimpan bersama, ikut tip ini elak cepat rosak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bukan untuk sembelit jer, betik dikisar bersama halia tua bantu legakan masalah kebas kaki

Terhangat