KUALI | Tip & Trik

Langsung tak terfikir cara ini... Wanita kongsi tip kalau gas habis, 2 bahan bantu memasak ketika ‘darurat’

Lead Image

PERNAH tak masa tengah ralit memasak, tiba-tiba api dapur terpadam?

Bila diperiksa, rupa-rupanya gas pula dah habis! 

Situasi begini boleh membantut niat untuk sambung masak.

Situasi begini bukan sahaja boleh mencetuskan rasa panik malah, membantutkan niat untuk sambung memasak. 

Jangan risau! Seorang pengguna TikTok @.renuk berkongsi tip mudah dan praktikal untuk mengatasi keadaan ini dengan tenang.

MENARIK DIBACA: Wanita menyesal cuba teknik perap guna serbuk penaik, daging jadi kenyal dan pahit... Ada pula suruh rebus dengan buah kurma

MENARIK DIBACA: Bukan semua benda tahan lama dalam peti ais, doktor ini beri amaran 5 jenis makanan penyebab keracunan

Kalau gas tiba-tiba habis masa tengah memasak dan tiada tong ganti, boleh cuba cara ini:

1. Tuang minyak masak ke dalam kuali secukupnya.

2. Ambil beberapa helai tisu, renyukkan, kemudian letak ke dalam minyak.

3. Nyalakan api pada tisu hingga menyala.

4. Letakkan pemegang periuk (stove bracket) di dalam kuali.

5. Letakkan periuk dan teruskan memasak seperti biasa.

6. Setelah selesai, padamkan api dengan mencelup keseluruhan tisu ke dalam minyak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cuci kuali guna asam keping, bersih berkilat tanpa bahan kimia

Terhangat