Wanita menyesal cuba teknik perap guna serbuk penaik, daging jadi kenyal dan pahit... Ada pula suruh rebus dengan buah kurma
DALAM bab memasak, macam-macam tip pelik dikongsikan di media sosial sehinggakan ramai terpengaruh dan mencubanya.
Antara yang tular adalah tentang cara melembutkan daging dengan memerapnya dengan serbuk penaik.
Bagi membuktikan keberkesanan petua itu, seorang pengguna Thread dikenali sebagai Emma Syahira turut mencubanya di rumah.

Namun, hasilnya langsung tidak seperti diharapkan.
Dakwa Emma daging yang asalnya pejal bertukar menjadi kenyal seperti jeli dan rasanya pula menjadi pahit setelah dimasak!
"Dah lama aku simpan aib ni. Tapi hari ni rasa nak kongsi. Perap daging dengan baking soda sebab nak lembutkan daging.
"Ikut teknik TikTok, tapi terlebih letak dan terlalu lama perap, jadi jeli semua daging aku.
MENARIK DIBACA: Dah puas makan isi, kulitnya jangan dibuang... Ini cara buat baja daripada pangsa durian
MENARIK DIBACA: Tak guna daging pun sedap, burrito tauhu menu ‘win’ untuk diet
"Sudahlah rasanya pahit, memang buang (daging) semua," katanya menerusi hantaran video sambil menunjukkan keadaan daging tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, bukan Emma sahaja tidak berjaya, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama.
Bukan itu sahaja, ada juga dari kalangaan peniaga dan suri rumah tampil berkongsi petua lain lebih berkesan.

"Saya pernah buat, sekilo daging buang sebab pahit. Berdiri bulu roma masa telan... kucing pun tak lalu makan.
"Rebus dengan buah kurma sis, lembut dan manis saja isi daging.
"Boleh guna teknik rebus dalam air mendidih kemudian tutup api. Biarkan daging terendam dalam air yang sama untuk 30 minit," komen netizen.