KUALI | Resipi Moden

Tak guna daging pun sedap, burrito tauhu menu ‘win’ untuk diet

Lead Image

BIASANYA burrito diisi dengan daging ayam, lembu atau kambing sebagai sumber protein disamping sayur-sayuran, keju dengan sos salsa.

Bagi yang sedang diet tetapi masih ingin mendapatkan sumber protein, anda boleh cuba gantikan daging dengan tauhu.

Ia bukan sahaja kaya dengan protein tetapi menjadi pengganti lebih sihat tetapi sedap.

MENARIK DIBACA : Ais krim laici ‘homemade’ buat ketagih, perah lemon sikit memang terangkat rasanya

MENARIK DIBACA : [V] Perut lapar tapi malas masak... Tempe goreng berapi mudah dibuat, jadi pembangkit selera

Hendak lebih sihat apa kata buat sendiri mayonis dan roti tortilla.

Kuali kongsikan cara-cara membuat burrito yang boleh dicuba sendiri di rumah.

Bahan-bahan

Roti tortilla

  •  ¾ cawan tepung serbaguna

  • 1 ½ sudu teh minyak sayuran

  • ¼ cawan air panas

  • ¼ sudu teh serbuk penaik

  • ¼ sudu teh garam

Tauhu hancur

  • 2 blok tauhu keras, bentuk empat segi tepat

  • ¼ cawan tomato ceri, dipotong dadu

  • ½ cawan daun basil segar

  • ½ sudu besar minyak sayuran

  • 1 sudu besar yis 

  • ¼ sudu kecil serbuk jintan

  • ½ sudu kecil serbuk kunyit

  • ½ sudu kecil lada hitam

  • ½ sudu kecil garam

Kentang panggang

  • 2 biji kentang sederhana, dikupas dan dipotong dadu

  • 1 sudu besar minyak sayuran

  • ½ sudu besar tepung jagung

  • ½ sudu kecil paprika

  • ½ sudu kecil serbuk cili

  • ½ sudu kecil garam

Vegan mayones

 

  • ½ cawan susu kacang soya

  • 1 sudu teh jus limau

  • 1 cawan minyak bunga matahari

  • Secubit Garam

Bahan lain

  • 2 cawan selada Romaine

  • 1 cawan timun, dihiris

  • Limau atau lemon, dihiris, ditabur

  • Sos Tabasco, pilihan

Langkah penyediaan

Balutan tortilla

  1. Campurkan bahan kering dalam mangkuk, kemudian masukkan minyak sayuran dan air panas. Gaul hingga adunan menjadi doh kasar, kemudian uli menjadi bebola yang licin.
  2. Biarkan doh naik selama kira-kira 20 minit. Bahagikan doh kepada bentuk bebola 15g setiap satu. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Taburkan sedikit tepung pada permukaan meja, kemudian gunakan penggulung untuk memipihkan seketul doh hingga nipis.
  4. Letakkan kuali di atas api sederhana. Masak tortilla selama 1 minit, kemudian balikkan dan masak selama 30 saat lagi, siap.

Tauhu hancur

  1. Pindahkan blok tauhu ke dalam mangkuk dan hancurkan menggunakan garpu atau tangan.
  2. Campurkan yis, serbuk jintan, serbuk kunyit, lada hitam dan garam.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan tauhu dihancurkan, tomato ceri, daun basil dan perasa.
  4. Gaul rata dan masak hingga semua bahan tercampur dengan baik.

Kentang panggang

  1. Rendam kentang yang telah dipotong dadu dalam air selama lima minit untuk menghilangkan kanji berlebihan. Toskan dan bilas serta keringkan dengan tuala kertas.
  2. Gaulkan kentang dengan paprika, serbuk cili, dan tepung jagung sehingga rata. Pindahkan ke atas dulang pembakar dan ratakan.
  3. Bakar kentang di dalam ketuhar pada suhu 210 darjah celcius selama 20 minit sehingga keemasan. Masa membakar bergantung pada saiz kentang yang dipotong.
  4. Keluarkan dari ketuhar dan taburkan garam mengikut cita rasa.

Vegan mayones

  1. Kisar susu soya dan jus lemon dalam pengisar.
  2. Tambah minyak bunga matahari sedikit demi sedikit sehingga menjadi pekat dan licin. Tambah garam secukup rasa.
  3. Penyusunan
  4. Letakkan tortilla yang masih hangat di atas pinggan besar atau papa dan sapukan vegan mayones.
  5. Letakkan selada romaine dan timun di tengah, tambah beberapa sudu tauhu hancur dan kentang cili. Kemudian taburkan sos Tabasco dan perah jus lemon ke atasnya.
  6. Masukkan inti ke dalam tortilla, lipat tepi sekali lagi dan gulung.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Cuba buat inti samosa campur keju mozzarella, anak-anak mesti suka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Burger bergedil tuna memang unik, alternatif sihat tapi mengenyangkan

Terhangat