KUALI | Resipi Moden

Cuba buat inti samosa campur keju mozzarella, anak-anak mesti suka

Lead Image

SAMOSA antara kudapan asal dari Asia Selatan yang menjadi kegemaran ramai termasuk dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kulitnya yang ranggup berbentuk segitiga dan inti penuh rasa, ia sering dihidangkan ketika perayaan, majlis keramaian atau minum petang.

Hidangan ini biasanya diisi dengan campuran kentang dan kacap peas namun sebenarnya intinya tiada batasan.

Gabungan karikentang dan keju menaikkan lagi rasa samosa.

Untuk kelainan, apa kata cuba gabungkan inti kari kentang berempah dan keju mozzarella.

Bayangkan gigitan pertama itu, keju tersebut akan meleleh selain memberi rasa berbeza dan paling penting sedap.

Gabungan rasa tradisional dan moden ini bukan sahaja menaikkan selera, malah sesuai untuk dihidangkan kepada semua peringkat umur. 

Jom cuba resipi samosa kari kentang ini di rumah!

MENARIK DIBACA: Siapa sangka campur jeli konnyaku beri pengalaman berbeza nikmati secawan kopi

MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak

Bahan-bahan:

  • 500g Air
  • 150g Bawang Besar Dipotong Dadu
  • 80g Lobak Merah Dipotong Dadu
  • 300g Kentang Dipotong Dadu
  • 20g Daun Bawang Dihiris
  • 2g Garam (secukup rasa)
  • 2g Lada Hitam Kasar
  • 12g Gula (secukup rasa)
  • 10g Serbuk Stok Ayam
  • 125g Keju Mozzarella Anchor Parut Klasik
  • 20g Tepung Serbaguna
  • 50g Air
  • 200g Kulit Popiah
  • 1000g Minyak Masak
  • 80g Sos Cili Thai

Cara penyediaan:

Pembuatan Inti:

  1. Masukkan air bersama kentang dan lobak merah dalam kuali dan, masak sehingga sedikit lembut dalam.
  2. Toskan kedua-dua bahan dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga lembut. 
  4. Masukkan kentang, lobak merah, dan daun bawang yang telah dimasak separuh tadi. Gaul rata hingga sebati.
  5. Perasakan dengan garam, lada hitam kasar, gula dan serbuk stok ayam. Gaul rata dan ketepikan.
  6. Setelah campuran inti benar-benar sejuk, masukkan keju mozzarella dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Campurkan tepung dan air – ini akan digunakan sebagai pelekat nanti.

Bungkus samosa:

  1. Potong kulit popiah kepada dua bahagian.
  2. Susun kulit popiah yang telah dipotong secara panjang dan lurus.
  3. Sapu sedikit campuran tepung & air (pelekat) di atas kulit popiah.
  4. Letakkan inti yang telah disediakan di hujung kulit popiah, kemudian lipat secara segitiga sehingga hampir ke hujung.
  5. Sebelum lipatan terakhir, sapukan lagi pelekat tepung untuk melekatkan hujung kulit popiah.
  6. Goreng kulit popiah sehingga keemasan dan rangup dan hidangkan bersama sos cili Thai.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Tak sangka sedap! Padanan Tortilla inti rendang dan keju menjadi, cicah guacamole buat ketagih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Tak guna daging pun sedap, burrito tauhu menu ‘win’ untuk diet

Terhangat