KUALI | Resipi Tradisi

[V] Perut lapar tapi malas masak... Tempe goreng berapi mudah dibuat, jadi pembangkit selera

Lead Image

MESTI ramai daripada kita pernah mengalami sindrom malas memasak walaupun perut tengah lapar.

Apatah lagi nak kena sediakan pelbagai bahan yang memang memerlukan masa.

Waktu tengah rajin, memang semangat! Sanggup masak tiga empat jenis lauk sekali gus. Tapi bila datang mood malas, goreng telur cicah kicap sahajalah jawabnya.

Sebenarnya ada satu menu mudah yang boleh jadi penyelamat waktu tengah lapar iaitu tempe campur goreng berapi.

MENARIK DIBACA: Patutlah sedap! Ini rahsia buat sambal terasi Indonesia, tahan lama tak cepat basi

MENARIK DIBACA: Nak berjimat pun berpada-pada! Ini jenis makanan dilarang bawa masuk ke Korea Selatan

Menu ini bukan sahaja mudah tapi lengkap - ada protein, serat dan karbohidrat. Sesuai sangat untuk makan seorang.

Paling best bahan-bahannya tak rumit langsung. Nak buat pun sambil tutup mata dan boleh masak lebih sebab ia tahan lama.

Lepas ini kalau lapar boleh panaskan sahaja dan goreng telur mata kerbau buat penambah lauk.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 bungkus tempe (dipotong kecil)
  • 1 batang terung (dibelah empat)
  • 5 tangkai kacang panjang (dihiris kasar)
  • 1 genggam ikan bilis

Bahan B

  • 6-10 tangkai cili padi (ikut selera)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • Bahan perasa
  • 2 biji limau kasturi
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Langkah penyediaan

  1. Panaskan minyak dan goreng secara berasingan satu persatu bahan A sehingga layu atau menjadi coklat keemasan, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Kisar (kasar) semua bahan B.
  3. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan bahan A yang telah digoreng dan gaul sehingga sebati.
  6. Perah dua biji limau kasturi untuk seimbangkan rasa pedas dan beri sensasi rasa masam (kalau suka)
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Tak pernah dibuat orang! Gulai lemak rambutan unik, ramai pula terliur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Masih terasa keenakan bihun goreng makcik kantin, rupanya ini rahsia buat ramai terkenang-kenang

Terhangat