KUALI | Resipi Tradisi

Tak pernah dibuat orang! Gulai lemak rambutan unik, ramai pula terliur

Lead Image

BILA sebut buah rambutan, rata-rata antara kita terus terbayang rasa manis, berair dan segar terutama lagi kalau baru dipetik dari pokok. 

Tapi pernah tak anda dengar rambutan dimasak jadi gulai lemak?

Mungkin kedengaran pelik disebabkan gulai lemak lebih sinonim dengan buah seperti nanas atau nangka muda.

Gabungan rambutan dan udang segar menambahkan rasa unik dalam hidangan.

Namun, hidangan gulai lemak rambutan disediakan oleh pempengaruh makanan iaitu Cekodokmanis di TikTok boleh buat ramai terliur.

Gabungan rasa lemak santan, pedas rempah dan manis semula jadi rambutan menjadikan hidangan ini sesuatu yang sangat luar biasa.

Rambutan bukan sahaja beri rasa unik, tetapi juga menjadikan gulai lebih beraroma dan seimbang apabila dimasak bersama udang segar.

Jom cuba resipi dikongsikan Cekodokmanis ini.

MENARIK DIBACA: Masak nasi memang tak susah, tapi ikut petua ini agar hasilnya lembut dan gebu

MENARIK DIBACA: Cuba buat inti samosa campur keju mozzarella, anak-anak mesti suka

Bahan-bahan

  • 7 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 7 batang cili padi (ikut tahap kepedasan)
  • Sedikit belacan
  • Santan cair secukupnya
  • Santan pekat secukupnya
  • Rempah gulai ikan (1-2 sudu makan)
  • Udang segar (ikut jumlah yang diingini)
  • Buah rambutan – siap dikupas dan dibuang biji

Cara penyediaan

  1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan cili padi hingga sedikit halus. Masukkan sedikit belacan dan tumbuk rata.
  2. Panaskan kuali. Masukkan santan cair dan bahan tumbuk tadi. Kacau hingga sebati.
  3. Tambah rempah gulai ikan, kacau hingga rempah benar-benar masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan buah rambutan. Gaul perlahan hingga sebati dengan kuah gulai.
  5. Masukkan udang. Biarkan masak dalam 2-3 minit.
  6. Tambah sedikit lagi santan cair. Perasakan dengan garam atau serbuk perasa secukupnya.
  7. Masukkan santan pekat, kacau perlahan dan tutup api sebaik sahaja kuah mendidih.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Nampak macam sama tapi singgang dan asam rebus ada perbezaannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Perut lapar tapi malas masak... Tempe goreng berapi mudah dibuat, jadi pembangkit selera

Terhangat