KUALI | Resipi Tradisi

Patutlah sedap! Ini rahsia buat sambal terasi Indonesia, tahan lama tak cepat basi

Lead Image

SEPERTI di Malaysia, sambal belacan atau terasi turut menjadi pelengkap utama dalam hidangan masyarakat di negara jiran iaitu Indonesia.

Di sana mereka menghidangkan sambal terasi dengan hidangan seperti ayam penyet, ikan keli, tempe goreng atau dicicah bersama ulam-ulaman bersama nasi.

Malah, ada yang menjadikannya sebagai pembuka selera meskipun bukan peminat masakan pedas.

Walaupun pada dasarnya sambal terasi ini sama dengan sambal belacan namun ia dikatakan lebih menyegat selain kaya dengan rasa umami.

Cili padi dan belacan merupakan bahan penting dalam penyediaan sambal terasi.

Ia turut menggunakan tomato yang dibuang biji bagi membuatkan ia tahan lebih lama selain gula Melaka untuk memberikan rasa manis berlemak.

Bukan itu sahaja, teksturnya yang agak kasar dan bau 'smoky' daripada belacan yang dibakar menjadikannya istimewa dan berbeza daripada sambal biasa.

Gabungan rasa pedas, masin, masam dan sedikit manis ini memang cukup kena dengan citarasa rakyat Malaysia.

Berikut adalah resipi sambal terasi 'homemade' yang bukan saja mudah disediakan, malah boleh dibuat stok simpanan dan tahan lama jika disimpan dengan betul.

MENARIK DIBACA: Daun pandan rahsia kacang hijau cepat empuk, kuahnya pula sedap berlemak

MENARIK DIBACA: Ada satu bahan buat ikan goreng ala mamak istimewa, makan panas-panas sedapnya

Bahan-bahan

  • 10–15 biji cili merah (ikut tahap pedas masing-masing)
  • 5–10 biji cili padi 
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato (buang biji kalau nak sambal tahan lama)
  • 1 inci belacan (dibakar sekejap atas api atau pan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka / gula biasa secukup rasa
  • Sedikit air limau kasturi (naikkan rasa)
  • Minyak masak (untuk menumis dan kisar)

Langkah Penyediaan

  1. Goreng dahulu semua bahan segar – cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih dan tomato hingga layu. Tidak perlu lama cukup untuk menaikkan aroma.
  2. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam blender atau lesung batu bersama belacan yang dah dibakar.
  3. Kisar kasar (jangan terlalu halus kerana sambal lebih sedap kalau bertekstur sikit).
  4. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis sambal tadi sehingga naik minyak dan pecah minyak. 
  5. Masukkan garam, gula dan perasa ikut kesesuaian rasa masing-masing.
  6. Akhir sekali, perahkan sedikit air limau kasturi untuk rasa segar dan seimbang.
  7. Siap! Sambal boleh tahan lama kalau simpan dalam bekas bersih dan letak di dalam peti sejuk.
  8. Tip untuk rasa lebih mantap? Tambah ikan bilis goreng atau petai masa tumis.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Kecil tapi manis dan berlemak, memang lain rasa sambal telur puyuh 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Daun pandan rahsia kacang hijau cepat empuk, kuahnya pula sedap berlemak  

Terhangat