KUALI | Resipi Tradisi

Kecil tapi manis dan berlemak, memang lain rasa sambal telur puyuh 

Lead Image

BOSAN juga kalau asyik buat sambal telur ayam, kan? Apa kata anda cuba pula resipi menggunakan telur puyuh.

Cara membuatnya lebih kurang sama cuma menggunakan telur berbeza tapi rasanya lebih berlemak berbanding telur ayam.

Nak lagi bertambah selera, boleh juga tambahkan petai yang membangkitkan aroma masakan anda.

Kalau tak percaya cubalah resipi yang Kuali sediakan ini.

Bahan-bahan:

  • 30 biji telur puyuh (direbus dan dikupas kulit)
  • 200g isi petai (kira-kira lima papan petai)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 4 sudu besar cili boh
  • Minyak masak (secukupnya)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)
  • Bahan kisar:
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 2 inci halia
  • 1 inci belacan (pilihan)

Langkah penyediaan:

  1. Goreng petai sehingga layu kemudian tos dan ketepikan.
  2. Guna kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan asam jawa. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan petai dan telur puyuh yang telah direbus. Kacau sehingga rata.
  5. Perasaan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Patutlah sedap! Ini rahsia buat sambal terasi Indonesia, tahan lama tak cepat basi

Terhangat