Dah makan pun tiba-tiba rasa nak marah? Rupanya 5 makanan ini penyebab emosi berubah
PERNAH tak rasa tiba-tiba emosi tak menentu, mudah naik angin atau cepat marah tanpa sebab?
Sebenarnya, apa yang kita makan setiap hari memainkan peranan besar dalam mempengaruhi mood serta tahap kestabilan emosi.
Walaupun makanan itu sedap, ada sesetengahnya boleh memberi kesan sebaliknya kepada kesihatan mental.
Menurut portal Times of India, berikut antara makanan yang boleh mencetuskan rasa cepat marah dan sebab anda patut kawal pengambilannya:

1. Makanan diproses dan makanan manis
Makanan segera dan snek manis mungkin memberikan tenaga segera, tetapi kesannya hanya sementara.
Selepas lonjakan tenaga, badan baisanya mengalamani penurunan drastik yang menyebabkan perubahan mood.
Kandungan gula yang tinggi dalam makanan menyebabkan gula dalam darah berubah-ubah sehingga mencetuskan ketidakstabilan emosi.

2. Kafein berlebihan
Terlebih pengambilan kafein boleh menyebabkan keresahan, kebimbangan dan kerengsaan.
Bukan itu sahaja, kafein boleh menggangu corak tidur sehingga memberi kesan kepada tahap tekanan dan mencetuskan ketidakstabilan emosi.
Untuk mengurangkan kesan sampingan, hadkan pengambilan kafein anda dan sesekali pilih teh herba atau kopi tanpa kafein.

3. Makanan berlemak
Makanan tinggi lemak trans atau lemak tepu seperti bergoreng dan segera memberi kesan buruk kepada fizikal dan mental.
MENARIK DIBACA: Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan
MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang
Jenis lemak ini boleh mencetuskan keradangan yang menjejaskan fungsi otak sehingga membawa kepada perubahan mood.

4. Snek tinggi garam
Snek masin seperti keropok memang lazat dimakan tetapi kandungan garam tinggi menyebabkan dehidrasi yang boleh menjejaskan tekanan darah dan mood.
Pilih buah-buahan segar atau kekacang sebagai alternatif untuk menyokong badan yang cergas serta mood yang stabil.

5. Menu bijirin untuk sarapan pagi
Bijirin tinggi gula biasanya memberikan tenaga segera pada waktu pagi untuk jangka masa yang pendek.
Ini kerana paras gula dalam darah akan turun mendadak sehingga membuatkan badan terasa lemah, mudah marah dan sukar menumpukan perhatian.
Pilih bijirin penuh yang rendah gula atau ditambah denga protein tambahan untuk beri tenaga lebih tahan lama.