Rasanya mungkin hambar... Buah naga pilihan terbaik buat pesakit diabetes, turun risiko penyakit kronik
BUAH naga atau juga dikenali sebagai pitaya merupakan sejenis buah berasal dari Amerika Selatan dan kini ditanam secara meluas di Malaysia, Vietnam dan Thailand.
Buah dengan kulit berwarna merah jambu itu miliki isi berwarna merah atau putih dengan biji hitam kecil di dalamnya.
Bagi sesetengan orang, buah naga dianggap memiliki rasa hambar, tidak seperti buah-buahan lain yang lebih memiliki rasa khas tersendiri.

Namun begitu, buah naga juga tidak kalah hebat dari segi manfaat kesihatan kerana kaya dengan kandungan vitamin C, serat dan antioksidan.
Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, buah naga menjadi antara sumber terbaik untuk mengawal kandungan gula dalam darah.
MENARIK DIBACA: Pelik tapi benar! Kentang ‘anak’ tomato hasil perkahwinan genetik 9 juta tahun lalu
MENARIK DIBACA: Ada berani nak cuba nasi beriani landak? Nasi lemak unta pun ada di Marican Bistro
Kuali senaraikan lima manfaat kesihatan yang terkandung dalam buah naga.

1. Melancarkan pencernaan
Buah naga mengandung serat yang tinggi sekali gus membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit.
Serat juga berperan sebagai prebiotik yang mendukung pertumbuhan bakteria baik di dalam usus manusia.

2. Meningkatkan sistem imunisasi
Kandungan vitamin C dan antioksidan dalam buah naga membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan melawan radikal bebas.
Sistem imunisasi yang tinggi melindungi tubuh dariapa berbagai penyakit dan jangkitan.

3. Menjaga kecantikan kulit
Vitamin C dan antioksidan dalam buah naga berperanan untuk memproduksi kolagen supaya kulit tetap kekal tegang dan berseri.
Selain itu, buah naga juga dapat membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat dan mencegah penuaan.

4. Menurunkan risiko penyakit kronik
Kandungan antioksidan dalam buah naga dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas yang dapat mengakibatkan penyakit kronik seperti kanser dan serangan jantung.
Selain itu, hasil kajian juga mendapati buah naga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) dan menjaga kesihatan jantung.

5. Mengawal gula dalam darah
Buah naga dapat membantu mengawal bacaan gula dalam darah terutama bagi pesakit diabetes.
Bukan itu sahaja, kajian turut menunjukkan buah naga dapat membantu menurunkan berat badan karana kandungan seratnya yang tinggi.
Manfaat lain buah naga juga dapat membantu menjaga kesihatan tulang dan mencegah anemia.