KUALI | Resipi Moden
Kuah colek pedas cicah jambu buat kecur air liur, kena cuba resipinya!
JAMBU air memang sedap dimakan begitu saja, tapi kalau dicicah dengan kuah colek pedas, makin berganda keenakannya.
Kuah colek pedas memberikan sensasi lebih ‘kick’ dengan gabungan rasa masam, manis dan pedas seimbang, ditambah pula dengan tekstur jambu air yang rangup serta berair.
Lebih menggoda, kuah colek yang ditambah limau kasturi menghasilkan rasa pedas masam cukup nikmat.
Aroma dan rasa berlapis bukan sahaja menaikkan selera, malah boleh membuatkan sesiapa sahaja susah berhenti makan.
Jom Kuali kongsi resipinya:

Bahan-bahan
- 1 mangkuk jambu air (siap dibelah)
- 4 biji cili padi
- 1 biji cili merah
- 5–6 sudu makan gula
- 1 sudu teh garam pink Himalaya
- 1 ketul kecil gula Melaka
- 1 sudu teh belacan bakar
- 4–6 sudu makan cuka
- 6 biji limau kasturi (dibelah)
- Sedikit air suam
MENARIK DIBACA: Rojak buah segar RM10 penuh sebekas, memang puas hati!
MENARIK DIBACA: Agar-agar buah naga penyegar tekak ketika cuaca panas
Cara penyediaan
- Bersihkan jambu air, potong mengikut saiz yang diingini dan toskan sehingga kering.
- Masukkan cili padi, cili merah, belacan bakar, gula, garam dan gula Melaka ke dalam pengisar.
- Tambahkan sedikit air suam dan kisar sehingga halus.
- Masukkan cuka sedikit demi sedikit sambil dikisar untuk mendapatkan tahap masam yang diingini.
- Tuangkan sos pedas ke dalam bekas berisi potongan jambu air.
- Perahkan limau kasturi dan masukkan juga hirisan limau kasturi ke dalam kuah colek.
- Gaul rata sehingga semua jambu air disaluti kuah.