KUALI | Resipi Moden

Mi cawan mini pikat hati si comel, snek kreatif hanya guna air fryer

Lead Image

TIBA musim cuti sekolah, pemakanan anak-anak biasanya jadi tidak menentu disebabkan mereka lebih gemar makanan ringan yang boleh merosakkan diet dan asupan nutrisi.

Buat mak-mak di luar sana, jangan bimbang! Apa kata cuba resipi mi cawan mini yang menggunakan mi segera dengan menambahkan pelbagai bahan menyihatkan.

Bukan sahaja sedap tetapi visualnya juga cukup menarik selain teksturnya garing di luar.

Dengan inti lazat seperti ayam, sayur, makanan laut bersama sos kegemaran menjadikan ia hidangan sedap dan menyihatkan walaupun menggunakan mi segera sebagai bahan asas.

Mi segera bahan utama digunakan untuk menu istimewa ini.

Resipi ini sesuai juga dijadikan snek petang, menu parti bahkan hidangan ringkas ketika berkumpul bersama keluarga. 

Jom cuba buat resipi mi cawan untuk memikat hati si comel musim cuti sekolah ini.

MENARIK DIBACA: Baunya semerbak satu rumah, ada rahsia buat roti bakar pandan gebu dan rangup 

MENARIK DIBACA: Resipi coleslaw salad paling ringkas, enak dimakan bersama ayam panggang

Bahan-bahan

  • 3 bungkus mi segera
  • 10 keping kulit wantan 
  • 5 ekor udang dicincang 
  • 20g lobak merah 
  • 15g daun bawang
  • 1 biji  telur
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • 1 sudu kecil sos tomato 
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 50ml sos bawang putih dengan madu 
  • Secubit serbuk lada sulah 
  • Garam secukupnya
Campurkan kesemua bahan-bahan dalam satu mangkuk.

Cara penyediaan

  1. Rebus mi segera sehingga lembut, tos dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk berasingan, campurkan mi, lobak merah, udang, daun bawang, tepung jagung, sos tomato, serbuk lada sulah, garam, dan kicap. 
  3. Pecahkan juga telur dalam mangkuk sama lalu gaul sebati semua bahan-bahan ini.
  4. Kemudian, lipat kulit wantan menjadi seperti kotak atau cawan mi.
  5. Ambil satu sudu bahan-bahan tadi dan letak dalam cawan mi sehingga padat. 
  6. Selepas siap, masukkan cawan mi ke dalam penggoreng udara selama 10 minit pada suhu 180 darjah celsius.
  7. Boleh calitkan lapisan minyak nipis untuk mendapatkan kesan mi cawan rangup menyelerakan.
  8. Siap untuk dihidangkan!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Kuah colek pedas cicah jambu buat kecur air liur, kena cuba resipinya!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Popular di Filipina, mango float pencuci mulut menyegarkan tekak

Terhangat