KUALI | Resipi Moden

Popular di Filipina, mango float pencuci mulut menyegarkan tekak

Lead Image

TAK perlu susah payah untuk sediakan hidangan pencuci mulut rumit untuk membuatkan keluarga tercinta tersenyum lebar. 

Cukup hanya dengan satu menu unik lembut dan manis berkrim seperti pencuci mulut mango float yang cukup terkenal di Filipina ini. 

Pemanis mulut popular ini menggabungkan antara kesegaran lapisan potongan buah mangga dengan krim keju premium tanpa rasa muak. 

Setiap lapisan menyatu sempurna menjadikan mango float pencuci mulut sesuai dihidangkan untuk keluarga mahupun sajian pelengkap bagi majlis istimewa. 

Buah mangga tinggi dengan vitamin C.

Bahan-bahan

  •  200g krim keju
  • 1 cawan krim putar 
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 biji mangga dipotong jejari 
  • Biskut kraker secukupnya
  • Susu segar secukupnya

MENARIK DIBACA: Che Nom ajar 2 cara buat puding karamel, rasanya tetap sedap!

MENARIK DIBACA: Spageti ala mamak, ‘twist’ rasa Malaysia menambat selera

Cara penyediaan

  1. Mula dengan memasukan krim putar dalam bekas pemukul kek dan pukul bahan ini penggunakan pengadun elektrik. 
  2. Kemudian, tambah susu cair secukupnya dan terus memukul bahan-bahan ini sehingga kembang sebati. 
  3. Selepas itu, sediakan mangkuk berasingan untuk proses merendam biskut kering dalam susu segar seketika. 
  4. Susun biskut direndam susu dalam bekas kaca bersesuaian. 
  5. Sapukan adunan krim sehingga menutupi lapisan biskut.
  6. Susun kemas potongan mangga di atas lapisan krim tadi.
  7. Ulang langkah-langkah ini sehingga semua bahan habis.
  8. Potong dadu lebihan mangga tadi dan tabur atas lapisan terakhir krim tadi.
  9. Akhir sekali, ramas kasar 2 keping biskut kraker dan taburkan di atas potongan mangga.
  10. Sejukkan di dalam peti ais semalaman sebelum dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Mi cawan mini pikat hati si comel, snek kreatif hanya guna air fryer

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Idea masak guna airfryer, kena cuba resipi udang telur panggang

Terhangat