KUALI | Resipi Moden
Idea masak guna airfryer, kena cuba resipi udang telur panggang
GABUNGAN telur lembut, udang segar dan sosej yang diperkaya dengan aroma minyak bijan menjadikan hidangan udang telur panggang ini sungguh menyelerakan.
Paling menarik, sajian yang boleh dijadikan sarapan pagi atau snek untuk anak-anak ini senang, cepat dan mudah disediakan.
Selain enak, resipi udang telur panggang ini juga menyihatkan kerana dimasak menggunakan airfryer tanpa minyak.
MENARIK DIBACA: Bahaya anak gemar makan sosej, kandungan 2 bahan kimia ini boleh jejas kesihatan
MENARIK DIBACA: Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai
Bahan-bahan
- Telur
- Udang segar
- Sosej
- Kicap
- Minyak bijan
Langkah penyediaan
- Sediakan bekas aluminium atau bekas tahan bakar yang sesuai digunakan dalam airfryer.
- Masukkan sedikit air dan pecahkan dua biji telur.
- Masukkan udang yang telah dikupas kulitnya.
- Taburkan daung bawang dan sosej yang dihiris.
- Tuangkan sedikit kicap masin dan minyak bijan.
- Bakar di dalam airfryer selama 12 minit pada suhu 160 darjah Celsius.
- Keluarkan dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!