KUALI | Resipi Moden

Pai daging cincang resipi penyelamat, anak-anak mesti suka!

Lead Image

MUSIM cuti sekolah bakal menjelang, mak-mak selalunya pening memikirkan menu hendak dimasak untuk mengisi perut anak-anak di rumah.

Apa kata cuba menu pai daging cincang, hidangan berkrim dan berkeju bukan setakat membuka selera tetapi mengenyangkan.

Gabungan inti daging dengan kentang lenyek sertu keju cair di atasnya pasti menarik perhatian anak termasuk yang cerewet tentang makanan.

Pai daging penuh berlemak pasti memikat hati anak.

Resipi pai ini juga boleh disediakan menggunakan Ketuhar udara (oven) menjimatkan masa ibu sibuk dengan kerja.

Sama ada dijadikan hidangan makan tengah hari atau makan malam santai, cuba rasa keeakan pai daging cincang ini.

 

MENARIK DIBACA: Puding susu bakar hanya guna 4 bahan, resipi pikat selera anak musim cuti sekolah

MENARIK DIBACA: Masak bebola kentang udang berkeju bersama anak, idea aktiviti cuti sekolah

Bahan-bahan

Inti daging

  • 200g daging cincang 
  • biji bawang besar, dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih, dicincang
  • 1/2 cawan lobak merah, dipotong dadu kecil
  • 1/4 cawan kacang pis (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Garam
  • Lada sulah secukup rasa
  • 1 sudu besar minyak masak

Kentang kaya dengan karbohidrat.

Lapisan kentang

  • 2 biji kentang sederhana, direbus dan dilenyek
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar susu 
  • Garam secukup rasa

Topping

  • 2 sudu besar keju parut

Cara penyediaan

Inti daging

  1. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging cincang, masak hingga keperangan.
  3. Tambah lobak merah, kacang peas, sos tomato, sos tiram, garam dan lada. Masak hingga sayur lembut dan inti kering sedikit lalu ketepikan.

Rasa pai daging cincang mewah sesuai dijadikan sebagai hidangan keluarga.

Kentang lenyek

  1. Gaul kentang yang direbus dengan mentega, susu dan garam hingga lembut dan gebu.
  2. Lalu, dalam satu mangkuk lenyek bahan-bahan. 

Susun pai

  1. Ambil bekas yang sesuai untuk ketuhar udara.
  2. Masukkan inti daging ke dalam bekas, ratakan.
  3. Lapiskan kentang lenyek di atas inti dan taburkan keju parut.

Guna ketuhar udara

  1. Panaskan ketuhar udara pada 180 darjah celsius.
  2. Masukkan bekas pai dan masak selama 12 minit atau sehingga keju cair dan permukaan kentang keperangan.

Hidang

  1. Biarkan sejuk seketika sebelum dihidang. Boleh potong pai dan saji dalam pinggan berwarna warni bagi menarik selera anak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Idea masak guna airfryer, kena cuba resipi udang telur panggang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

'Marry Me Chicken' resipi paling banyak dicari 2025, jom cuba buat sendiri di rumah

Terhangat