info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

7 makanan terbaik untuk individu umur 40 tahun ke atas! Barulah awet muda, tubuh kekal sihat dan 'fit'

Lead Image

MASUK sahaja umur 40 tahun, perubahan besar biasanya akan berlaku pada tubuh manusia terutama dari segi kesihatan dalaman dan tahap metabolisme.

Justeru, pengambilan makanan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut sebaliknya penting dalam menjaga kesihatan jantung, otak dan tulang bagi memastikan tubuh kekal cergas dan awet muda.

Bagi individu yang mencecah usia 40 tahun ke atas, makanan yang kaya nutrien seperti protein, lemak, karbohidrat dan sayur mampu membantu mengekalkan kesihatan tubuh selain mengurangkan risiko penyakit berkaitan usia.

Pendek kata, makanan yang sihat membantu melawan kesan penuaan secara semula jadi.

Berikut senarai sumber nutrisi penting yang harus diberi perhatian khusus untuk individu yang mencapai usia 40 tahun.

Ubi keledek adalah pilihan unggul karbohidrat kompleks yang bertindak sebagai sumber tenaga stabil.

1. Karbohidrat

Ubi keledek dianggap sumber karbohidrat paling baik dan sihat, terutamanya untuk mereka yang berusia 40 tahun ke atas.

Pada usia 40-an, metabolisme badan mula perlahan dan risiko rintangan insulin atau penyakit kronik meningkat. 

Ubi keledek adalah pilihan unggul karbohidrat kompleks yang bertindak sebagai sumber tenaga stabil dan bukannya tenaga mendadak yang menyimpan lemak.

2. Protein

Sumber protein terbaik ketika menginjak usia 40 tahun adalah ikan salmon. 

Salmon bukan sekadar menyediakan protein berkualiti tinggi, tetapi turut mengandungi nutrien tambahan yang sangat diperlukan oleh tubuh yang semakin meningkat usia.

Avokado mengandungi lemak sihat sangat diperlukan untuk tubuh yang mengalami perubahan hormon.

3. Lemak

Sumber lemak terbaik ketika menginjak usia 40 tahun ialah avokado.

Avokado kaya dengan lemak sihat (monounsaturated fat) yang sangat diperlukan untuk tubuh yang mengalami perubahan hormon dan metabolisme pada usia tersebut.

MENARIK DIBACA: Aiskrim santan resipi tradisional dengan sentuhan moden mengimbau nostalgia!

MENARIK DIBACA: [V] Fluffy Gila! Pancake ala Jepun ni buat ramai repeat... Lagi best, harga tak sampai RM10!

Blueberry kaya dengan antioksidan untuk melawan radikal bebas dalam tubuh manusia.

4. Buah

Blueberry dianggap sebagai salah satu buah bersifat "superfood" yang paling baik untuk kesihatan apabila memasuki usia 40 tahun dan ke atas.

Blueberry kaya dengan antioksidan terutamanya 'anthocyanins' yang melawan radikal bebas dalam tubuh manusia.

Selain itu, blueberry juga berupaya melambatkan proses penuaan dan mengurangkan keradangan.

5. Sayur

Sayur bayam diakui sebagai salah satu sumber makanan paling baik dan wajib diambil terutamanya bagi wanita dan lelaki yang mencecah usia 40 tahun dan ke atas.

Kajian menunjukkan bayam bersifat anti-penuaan kerana dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang, otak dan jantung yang sering menjadi fokus pada usia 40-an.

6. Snek

Salah satu pilihan snek terbaik adalah kacang badam (almond) kerana ia kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk melawan kesan penuaan dan membantu dalam penjagaan kesihatan jangka panjang.

Bukan itu sahaja, badam juga berupaya membantu mengawal gula dalam darah sekali gus menjadi snek yang baik untuk mencegah diabetes.

Salah satu manfaat oat adalah tinggi kandungan serat dan membantu mengawal selera makan.

7. Sarapan

Pilihan sarapan terbaik untuk individu berusia 40 tahun ke atas adalah oat.

Pada usia ini, metabolisme badan mula perlahan dan risiko penyakit kronik meningkat, menjadikan oat pilihan bijak.

Salah satu manfaat oat adalah tinggi kandungan serat dan membantu mengawal selera makan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

Terhangat