info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

Lead Image

LEBIH ramai lelaki kini cepat penat, susah fokus, badan lemau dan stamina semakin menurun walaupun umur masih muda.

Kadang-kadang gejala ini bukan disebabkan kerja semata-mata tapi boleh jadi kerana badan sudah berkurang hormon testosteron (hormon utama dalam badan lelaki).

Testosteron ini sebenarnya memainkan peranan penting untuk tenaga, pembinaan otot, pembakaran lemak dan juga kesihatan dalaman lelaki.

Menariknya, ada beberapa makanan harian yang boleh membantu meningkatkan hormon ini secara semula jadi tanpa perlu bergantung pada suplemen mahal.

Jom Kuali kongsikan antara makanannya:

Pemilihan makanan yang betul boleh meningkatkan hormon testosteron tanpa perlu bergantung pada suplemen.

1. Delima

Jus delima antara minuman yang sering dikaitkan dengan peningkatan hormon lelaki. 

Pengambilannya secara konsisten dipercayai membantu menaikkan paras testosteron selain memberi kesan positif terhadap 'mood' dan tenaga dalaman.

Ia juga membantu melancarkan pengaliran darah dan ramai lelaki menjadikannya sebagai minuman harian. 

Pilihan jus delima tanpa gula tambahan adalah lebih baik.

MENARIK DIBACA: Enaknya jantung pisang cecah sambal belacan, tapi kalau lebam bantut selera! Ini teknik rebus cantik kejadian

MENARIK DIBACA: Sekilas pandang macam kelopak mata, wanita 'seram' jumpa benda asing aneh dalam daging kisar

2. Daging merah

Daging lembu dan organ dalaman seperti hati kaya dengan nutrien penting termasuk zink, vitamin B12 dan zat besi.

Zink sangat diperlukan dalam proses penghasilan testosteron manakala zat besi pula membantu membawa oksigen ke seluruh badan supaya tubuh tidak cepat lesu.

3. Telur

Jangan terus mengasingkan kuning telur ketika makan. 

Bahagian itu sebenarnya mengandungi lemak sihat, vitamin D dan kolin yang diperlukan tubuh lelaki.

Nutrien ini membantu badan menghasilkan hormon secara semula jadi selain menyokong tenaga dan kekuatan otot.

Makanan seperti ini membantu untuk pembinaan otot, pembakaran lemak dan juga kesihatan dalaman lelaki.

4. Kekacang

Badam, walnut, kacang Brazil dan kacang tanah antara pilihan terbaik untuk lelaki.

Ia kaya dengan protein, lemak baik serta mineral penting yang dikaitkan dengan kesuburan dan kesihatan hormon. 

Selain mengenyangkan, ia juga sesuai dijadikan snek sihat setiap hari.

5. Bawang putih

Walaupun nampak biasa, bawang putih mempunyai kandungan allisin (sebatian sulfur aktif yang terbentuk apabila bawang putih dihancurkan) yang membantu melancarkan peredaran darah.

Sebab itu, terdapat sebahagian orang mengamalkannya dalam masakan harian kerana dipercayai membantu meningkatkan stamina dan kesihatan lelaki secara keseluruhan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

7 makanan terbaik untuk individu umur 40 tahun ke atas! Barulah awet muda, tubuh kekal sihat dan 'fit'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Minum kopi lepas bangun tidur punca cepat letih! Ikut tip ini untuk kekal 'fit' sepanjang hari, elak mengantuk

Terhangat