info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Minum kopi lepas bangun tidur punca cepat letih! Ikut tip ini untuk kekal 'fit' sepanjang hari, elak mengantuk

Lead Image

UNTUK penggemar kopi, tidak sempurna jika tidak memulakan hari dengan minum minuman berkafein itu.

Bagi mereka, kopi ibarat minuman pemberi tenaga terutama pada waktu pagi dan dipercayai mampu mengelak daripada mengantuk.

Bagaimanapun, tabiat sebegitu sebenarnya boleh memberikan kesan pada tubuh, terutama jika diamalkan pada waktu pagi sebaik sahaja bangun tidur.

Menerusi hantaran seorang mahasiswa jurusan perubatan di Threads miliknya, akmalhakimhilman, dia yang aktif berkongsi tip kesihatan menasihati orang ramai supaya tidak mengambil minuman itu sejurus bangun tidur.

Katanya, tabiat minum kopi pada awal pagi boleh mengakibatkan bacaan kortisol meningkat mendadak, sehingga akhirnya membuatkan seseorang itu akan berasa cepat letih.

Seorang mahasiswa perubatan menyarankan supaya orang ramai menghentikan tabiat minum kopi selepas bangun tidur.

"Tolong jangan minum kopi sebaik sahaja awak bangun pagi. Nampak macam pelik, tapi ini pantang paling penting.

"Kalau awak 'langgar', kortisol awak akan 'spike' (naik mencanak) dengan sangat tinggi.

"Sebab itu awak akan rasa letih pada pukul 3 petang nanti," ujarnya.

Justeru, Akmal berkongsi empat strategi minum kopi tanpa menyebabkan kadar kortisol meningkat dengan mendadak.

Kortisol yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu rasa letih.

1. Jangan minum ketika perut kosong

Bangun pagi, badan telah menghasilkan kortisol yang tinggi secara semula jadi.

Bila terus minum kopi, umpama tuang minyak di atas api, kadar kortisol akan naik dua kali ganda.

Kesannya akan ganggu 'ritma' semula jadi tubuh.

MENARIK DIBACA: Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer

MENARIK DIBACA: Papan pemotong pun ada jangka hayat! Ada sebab jangan guna jenis plastik lebih daripada

Sebaiknya minum kira-kira 50ml air kosong sebaik sahaja bangun daripada tidur.

2. Air kosong

Badan kita akan dehidrasi selepas tidur selama lapan jam.

Kopi pula bersifat diuretik yang menyebabkan seseorang kerap kencing.

Minum 500ml air kosong dulu untuk 'rehydrate' sel-sel badan.

Ini langkah pertama yang akan membuatkan tenaga kita stabil.

3. Tunggu 90 minit

Ini yang dipanggil 'golden rule'.

Lepas bangun tidur, tunggu dalam 60 hingga 90 minit, baru minum kopi.

Bagi peluang kortisol semula jadi turun ke paras normal.

Bila minum kopi selepas itu, baru dapat 'energy booster' (penggalak tenaga) yang sebenar.

Pada masa sama dapat elak daripada terkena anxiety dan tangan menggigil.

Kopi segera atau 3-in-1 mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

4. Elak kopi 3-in-1

Elakkan minum kopi segera atau 3-in-1 kerana kandungan gulanya tinggi (liquid sugar).

Satu 'sachet' mengandungi antara tiga hingga lima sudu gula tersembunyi.

Kopi yang diambil bukan untuk tenaga, tapi meningkatkan insulin dalam badan.

Pilihan terbaik, minum kopi 'O' tanpa gula atau Americano.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Cepat letih, stamina lemah! Ini 5 makanan baik untuk lelaki ada 'isu' hormon testosteron

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Mufti perjelas hukum makan daging 'rare', 'medium rare' masih nampak darah

Terhangat