info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Mufti perjelas hukum makan daging 'rare', 'medium rare' masih nampak darah

Lead Image

ISU daging stik yang dimasak 'rare' atau 'medium rare' memang selalu jadi perdebatan dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Ada yang geli tengok jus merah keluar dari celahan daging, ada juga yang anggap ia darah dan haram dimakan.

Persoalannya, bolehkah seorang Muslim makan daging yang masih merah dan tidak masak sepenuhnya seperti kita selalu nampak pada hidangan stik?

Menjawab persoalan tersebut, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan berkongsi penjelasan berkaitan hukum makan daging yang masih mempunyai kesan merah seakan darah.

Darah yang diharamkan ialah darah yang mengalir keluar daripada haiwan hidup

Menurut penjelasan, dalam pandangan ulama mazhab Syafie terdapat dua pendapat berhubung isu ini.

Imam al-Nawawi dan Imam al-Subki berpandangan darah yang masih tinggal pada daging selepas sembelihan adalah suci.

Manakala sebahagian ulama Syafi’iyyah lain pula berpendapat ia najis yang dimaafkan, namun tetap halal dimakan.

Bagaimanapun, hukumnya berubah sekiranya darah tersebut bercampur dengan bahan asing seperti air yang dijirus pada daging.

“Jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang terdapat pada daging itu tidak lagi murni maka hukumnya najis yang tidak dimaafkan,” jelas kenyataan tersebut.

MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala

MENARIK DIBACA: Tutup makanan, letak senduk atas lauk bukan suka-suka... Ada maksud dalam Islam

Tambahnya lagi, sekiranya lauk daging dihidangkan dan tidak dapat dipastikan sama ada darahnya bercampur atau tidak kerana tidak kelihatan dengan jelas, maka hukum asalnya kekal suci.

Dalam pada itu, beliau turut membawa pandangan Ibn ‘Abbas yang mentafsirkan darah yang diharamkan ialah darah yang mengalir keluar daripada haiwan hidup ketika proses sembelihan.

Ia tidak termasuk darah beku seperti hati dan limpa, malah tidak haram juga daging yang bercampur darah kerana darah tersebut tidak mengalir.

Namun begitu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan pandangan pakar kesihatan dan pakar perubatan berkaitan pengambilan daging separuh masak secara berlebihan kerana ia mungkin memberi kesan kepada kesihatan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Minum kopi lepas bangun tidur punca cepat letih! Ikut tip ini untuk kekal 'fit' sepanjang hari, elak mengantuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Masih tak terlambat nak belajar makan sihat... Ini senarai sayur 'mesra tekak' untuk 'beginner'

Terhangat