info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Petua

Tak semua daging korban sesuai dimasak sate, ini penjelasan cef

Lead Image

TERIMA saja daging korban, masing-masing, mula memikirkan menu apa untuk dimasak.

Mana tidaknya, bermacam sajian boleh dimasak seperti gulai, kari, kurma atau barbeku pun cukup sedap.

Kalau dibuat sate pun membangkitkan selera juga, lebih-lebih lagi daging kambing dan lembu memang sinonim dengan hidangan 'bakar-bakar'.

Memetik laporan portal Detik.com, cef berasal dari Indonesia dikenali sebagai Cef Stefu Santoso menjelaskan daging korban sebenarnya kurang sesuai untuk dijadikan sate.

Kesilapan yang selalu dilakukandaging korban terus digunakan untuk teknik membakar.

Menurutnya, tekstur daging korban yang baru disembelih masih terlalu segar dan bersifat kenyal, sekali gus menyukarkan proses membakar.

“Daging korban sebenarnya tidak boleh terus dimasak. Sebabnya daging yang baru dipotong dikatakan masih terlalu segar, ia akan mempunyai tahap kekenyalan yang sangat tinggi,” katanya.

Menurutnya lagi, kesilapan utama adalah apabila daging korban terus digunakan untuk teknik membakar tanpa proses 'pelayuan' terlebih dahulu.

Tambahnya, teknik memasak daging cara bakar berbeza dengan teknik 'wet cooking' misalnya merebus atau mereneh dalam masakan berkuah.

MENARIK DIBACA: Selepas sate Kajang dan nasi ambeng, 6 lagi menu bakal diwarta Makanan Warisan Selangor

MENARIK DIBACA: Guru dipuji kreatif, gigih hasilkan 'daging' untuk simulasi korban - "Dah macam wagyu ni"

Ini kerana proses memasak perlahan dalam suhu sederhana membantu memecahkan serat daging, sekali gus menjadikannya lebih lembut dan mudah dimakan.

“Proses 'wet cooking' itu akan membuat daging menjadi lebih lembut. Serat-serat yang ada di dalam daging akan dihancurkan melalui proses masak yang cukup lama,” jelasnya.

Tiada masalah untuk masak jadikan sate, namun hasilnya berkemungkinan liat dan kurang enak dimakan.

Bagi daging kambing, tempoh yang disyorkan adalah sekitar 18 hari sebelum ia benar-benar sesuai untuk dimasak menggunakan teknik membakar.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Petua

Bergelut nak berhenti merokok? Cuba buat minuman susu kayu manis, bantu kurangkan ketagih

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Petua

Daging korban bertukar hijau selepas 'rehat' 7 jam, berbau pula… Ini antara puncanya

Terhangat