KUALI | Sajian Warung

Seawal 6 pagi dah ramai beratur, bufet sarapan di restoran Cina Muslim ini hanya RM12.90

Lead Image

SEBELUM melakukan aktiviti harian, apa kata mulakan pagi dengan sarapan bufet ala kopitiam yang bukan sahaja lazat, malah mesra poket!

Dengan harga RM9.90 (hari biasa) dan RM12.90 (hujung minggu), Pak Liew Chinese Muslim yang terletak di Kampung Baru menyajikan pelbagai menu menyelerakan.

Menariknya seawal 6 pagi, sudah ramai pengunjung yang datang untuk menikmati pelbagai hidangan dari sajian berat, pemanis mulut hinggalah ke minuman segar.

Hidangan berat di sini dihidang panas-panas kepada pengunjung.

Antara menu yang mencuri perhatian pastinya nasi lemak bersama sambal paru.

Nasi lemaknya wangi dengan aroma santan berpadu dengan sambal pedas manis yang meresap ke dalam paru digoreng rangup.

Bagi yang tidak ingin makan nasi pada awal pagi, boleh cuba pelbagai pilihan roti canai yang disajikan panas-panas.

MENARIK DIBACA: [V] Ibu Ruby's tawar hidangan Indonesia autentik, keenakan sate Maranggi sampai termimpi-mimpi 

MENARIK DIBACA: Lima 'street food' wajib serbu kalau ke Pulau Pinang

Antara menjadi kegemaran ialah roti sarang burung yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Bila dimakan dengan kuah kari ayam yang ringan tetapi berlemak, ia menambahkan lagi kenikmatan setiap suapan.

Bagi pencinta kuey teow Chinese style pasti suka! Kuey teow di Pak Liew dimasak segar mengikut citarasa anda, dengan rasa wangi dan sedikit manis yang sebati.

Menu sarapan di sini bukan sahaja lazat, malah murah.

Untuk hidangan sampingan, terdapat juga sup soto yang kaya dengan aroma rempah, sedikit pedas manis dan kuahnya menyusuk kalbu.

Tak lengkap rasanya jika kopitiam tidak menawarkan snek-snek ala Chinese-style.

Di sini, pelanggan boleh menikmati mochi kacang kenyal dan manis, mantao gebu dicicah kuah kari, atau pau pelbagai perisa yang lembut.

Snek dan pencuci mulut disini disediakan mengikut 'Chinese-style'.

Pilihan minuman pula unik dan menyegarkan, antaranya air Ai Yu Bing iaitu air jeli buah yang kaya dengan rasa segar, manis seimbang dan menyejukkan tekak.

Lokasi: Pak Liew Chinese Muslim, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 6 pagi - 11 pagi

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sajian Warung

[V] Warong Lubok Talam 'port' tersembunyi pencinta lauk kampung dan kaki pancing

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Burasak dan lepat lui juadah Bugis ‘rare’… Cicah dengan rendang ayam daun maman memang mantap!

Terhangat