Tak payah tempuh jem! Ini 6 lokasi bufet Ramadan berhampiran stesen LRT dan MRT
MENJELANG Ramadan, perkara paling digeruni warga kota adalah untuk menempuh kesesakan jalan raya luar biasa terutama menghampiri waktu berbuka.
Bukan hanya terperangkap dalam kesesakan jalan raya, tetapi ada kalanya untuk menenuhi undangan sesi berbuka puasa juga menambah lelah apabila berhadapan dengan kesulitan lain termasuk mencari tempat letak kereta.
Sekiranya berada di sekitar KL dan tidak mahu terlepas peluang menikmati tawaran bufet terbaik, sebenarnya banyak destinasi Iftar boleh dikujungi dengan mudah menggunakan pengangkutan awam seperti LRT dan MRT tanpa perlu risau tentang kesesakan lalu lintas.
Berikut adalah enam lokasi berbuka puasa boleh dimasukkan dalam senarai destinasi mudah diakses dengan tawaran bufet Ramadan mengikut cita rasa pilihan:

1. Holiday Inn Kuala Lumpur, Bangsar
Terletak hanya beberapa langkah dari Stesen LRT Bangsar, hotel ini pilihan ideal bagi yang mahukan pengalaman berbuka puasa santai namun mewah.
Bertemakan Rentak Rasa P. Ramlee, bufet diinspirasikan oleh Tan Sri P. Ramlee meraikan cita rasa warisan tempatan sambil membawa nostalgia, kehangatan dan semangat perpaduan di bulan mulia ini.
MENARIK DIBACA: Makan tanpa was-was, 3 cawangan Lafayette dapat sijil halal Jakim
MENARIK DIBACA: [V] Dari Xiao Long Bao ke claypot kari kambing, Deeriang saji masakan Cina Muslim autentik
Dengan suasana elegan, bufet Ramadan kali ini menawarkan pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa dengan tarikan menu kambing bakar bersama pilihan sos lada hitam dan cendawan serta air asam menarik untuk dicuba.
Lokasi: Holiday Inn Kuala Lumpur, Jalan Lingkaran Tengah 2, Bangsar, Kuala Lumpur
Harga: RM138++ (Dewasa)
Tempoh: 23 Februari hingga 18 Mac 2026
Talian Tempahan: +6011-6941 4947

2. Hilton Kuala Lumpur
Di samping hidangan autentik dengan sentuhan moden, Hilton KL juga memiliki kelebihan kerana lokasi stratergik berhampian dengan KL Sentral selain kemudahan pengangkutn lain seperti bus dan teksi.
Bertemakan Jamuan Penuh Makna, Raikan Detik Bersama, bufet Iftar diketengahkan ini lengkap dengan hampir 180 pilihan menu berbuka puasa pastinya memberikan pengalaman menjamu selera berbeza.
Menariknya, hotel ini turut menghidangkan resipi inovasi terbaharu, Keropok Citarasa Laut rangup dihasilkan daripada kulit makanan laut diguna semula sebagai langkah mengurangkan pembaziran makanan.
Selain pilihan hidangan istimewa seperti Kari Kepala Ikan Kerapu Emas, Shawarma Lubnan, Kerang Bakar dengan Halia Bawang Putih Cilidan banyak lagi.
Lokasi: Hilton Kuala Lumpur, 3 Jalan Stesen Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur
Harga: RM238++ (Dewasa)
RM119++ (Kanak-kanak 5 hingga 12 tahun)
Tempoh : 19 Februari hingga 19 Mac 2026
Talian Tempahan : +603 2264 2264

3. 10Binjai, Perdana Kuala Lumpur City Centre
10Binjai terletak kir-kira 10 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Ampang Park adalah destinasi berbuka puasa sempurna bagi yang mencari hidangan asli Melayu.
Bufet Ramadan bertemakan Iftar Dengan Cita Rasa Tradisi menawarkan juadah nostalgia persis masakan rumah menghidangkan menu utama termasuk kambing golek, hidangan kawah dan stesen live cooking.
Tempat mesra keluarga ini amat sesuai untuk mereka yang mahu menikmati hidangan dengan harga yang berpatutan dan akses mudah dari LRT.
Lokasi: 10 Binjai, Aras 1, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur
Harga: RM129 (Dewasa)
RM59 (Warga emas dan Kanak-kanak)
Tempoh : 20 Februari hingga 18 Mac 2026
Talian Tempahan : +603-2181 8901

4. AnCasa Hotel Kuala Lumpur
Tambah kemerian sesi Iftar tahun ini menerusi dua pilihan tema buffet Ramadan, Warisan AnCasa dan Warisan Peranakan unik dilengkapi dengan pelbagai hidangan memikat selera.
Kedudukan AnCasa Hotel Kuala Lumpur yang hanya beberapa langkah dari stesyen LRT Plaza Rakyat ditengah ibu kota juga memberi nilai tambah kepada pengalaman berbuka puasa cukup indah bersama tersayang.
Sempena Ramadan kali ini, pelanggan datang akan dirasaikan dengan selera tradisional cukup unik termasuk menu Ayam Rendang Daun Maman, Nasi Lemuni, Daging Kandar dan hamper 100 pilihan hidangan lain.
Lokasi: AnCasa Hotel Kuala Lumpur, 1 Jalan Tuscan, Kuala Lumpur
Harga: Warisan AnCasa RM98 (Dewasa)
:Warisan Peranakan RM118 (Dewasa)
Tempoh: 21 Februari hingga 19 Mac 2026
Talian Tempahan: +603-2026 6026

5. Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur
Sambut Ramadan kali ini dengan tema bufet Nostalgia Rasa Malaysia yang menampilkan keenakan masakan tradisional di restoran ikonik Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur.
Kedudukan lokasi hotel ini hanya kira-kira lima minit berjalan kaki dari Stesyen Moorail Chow Kit juga menjadikan ia pilihan strategik bagi mencari tempat berbuka di tengah kota tanpa perlu bersesak dalam trafik.
Di sini, terdapat pelbagai hidangan yang menarik, termasuk pembuka selera, hidangan utama istimewa, dan pencuci mulut tradisional. Dari kerabu menyegarkan hingga hidangan utama Melayu klasik digemari.
Lokasi: Fairfield by Marriott Chow Kit Kuala Lumpur, 1 Jalan Datuk Haji Eusoff, Off Jalan Pahang, Kuala Lumpur
Harga : RM148 (Dewasa, 12 tahun ke atas)
: RM78 (Kanak-kanak)
Tempoh : 23 Februari hingga 15 Mac 2026
Talian Tempahan : +6010-760 0200

6.Saloma Theatre Restaurant
Raikan kedatangan Ramadan kali sambal berbuka puasa di celah bangunan pencakar langit berlatar dengan berlatar belakang bangunan ikonik negara di tengah kota.
Selain tawaran pemandangan dan aneka juadah enak, lokasi Saloma Theatre Restaurant dekat dengan stesyen Monorail Bukit Nanas dengan hanya 10 minit berjalan kaki menjadikan restoran ini ideal untuk individu mahupun keluarga berbuka puasa.
Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa dalam suasana eksklusif namun tetap meriah, pakej Buffet Ramadan Saloma Kuala Lumpur menawarkan enaka sajian pastinya lazat untuk dinikmati.
Lokasi: Laman MaTiC @ Saloma, Kuala Lumpur, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Harga: RM168 (Dewasa)
RM98 (Kanak-kanak, orang kelainan upaya dan warga emas)
Talian Tempahan: +6012-400 1794
