KUALI | Resipi Tradisi

Kuih kukus labu keladi, perpaduan rasa dan budaya Malaysia

Lead Image

MALAYSIA memiliki pelbagai jenis kuih muih yang bukan sahaja enak tetapi terhasil disebabkan pertembungan pelbagai budaya terdapat di negara ini.

Sama ada kuih tradisional mahupun moden, kebanyakannya memiliki rasa cukup sedap selain memiliki rupa bentuk yang cantik dan kreatif.

Seperti kuih kuih kukus labu keladi, ia bukti gabungan budaya dan kulinari Cina dan Melayu dapat digabungkan sehingga menjadi hidangan enak.

Kuali kongsikan resipi kuih kukus labu keladi untuk anda cuba sendiri di rumah.

MENARIK DIBACA : Gulai telur stail Kelantan resipi Hisham Raus memang padu, tambah solok lada lagi sedap

MENARIK DIBACA : Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu

Bahan-bahan;

300 gram tepung beras

25 gram tepung sagu

950ml air

4-5 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar udang kering (direndam dan dicincang)

50g Daging Perut lembu (dipotong dadu)

50g Sosej (dipotong dadu)

2 cendawan cina kering (direndam dan dipotong dadu)

250 gram ubi keladi (dipotong dadu)

250 gram labu (dipotong dadu)

Perasa

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu teh lada

1/2 sudu teh serbuk stok ayam

Hiasan

1 sudu besar daun bawang dan cili merah (dicincang)

Beberapa keropok bawang goreng

1 sudu besar udang kering goreng

Langkah penyediaan;

Campurkan tepung beras, tepung sagu, dan air ke dalam mangkuk. Gaul rata dan biarkan ia rendam selama 20 minit.

Panaskan minyak bijan dan goreng udang kering, daging perut, cendawan, dan sosej sehingga wangi. Masukkan ubi keladi dan teruskan menggoreng.

Masukkan adunan tepung beras dan perasa. Akhir sekali, masukkan labu dan goreng dengan cepat sehingga adunan mula memekat.

Pindahkan campuran yang separuh masak ke dalam bekas yang telah disapu minyak (saiz 23cm) dan kukus selama 40-45 minit atau sehingga kuih masak sepenuhnya.

Taburkan dengan hiasan dan potong mengikut saiz hidangan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Masak lemak labu dan bayam, anak-anak 'liat' makan sayur mesti suka!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Gulai telur stail Kelantan resipi Hisham Raus memang padu, tambah solok lada lagi sedap

Terhangat