KUALI | Resipi Tradisi

Rangup di luar, lembut di dalam... Ini rahsia ikan celup tepung sedap macam dekat Terengganu

Lead Image

BAYANGKAN lepak tepi pantai sambil menikmati ikan goreng celup tepung dicicah pula bersama sos pencicah masam manis memang layan.

Hidangan yang ringkas ini memang boleh membuatkan sesiapa sahaja tak berhenti makan kerana keenakannya, tambahan pula dapat ikan yang segar.

MENARIK DIBACA: Aiskrim Malaysia pun alami evolusi, boleh jadi idea jualan menguntungkan

MENARIK DIBACA: Nampak macam rempah biasa, tapi rupanya kaskas ada ‘kisah gelap’ tersembunyi

Sebenarnya tak susah pun nak buat sendiri ikan goreng celup tepung ini tetapi bancuhan tepung paling penting dalam memberi rasa sedap.

Alang-alang dah borak, apa kata anda cuba sendiri di rumah mudah sahaja menggunakan bahan-bahan ringkas ini.

Serdak kembang rangup gebu dan isi lembut di dalam.

Bahan-bahan

  • 4 ekor ikan kembung/selar 
  • Garam dan serbuk kunyit 
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • ½ sudu kecil serbuk penaik 
  • 1 sudu kecil garam
  • Air sejuk secukupnya

Bahan sos pencicah

  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil gula
  • Sedikit bawang putih cincang

Cara penyediaan

  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit. Perap selama 10–15 minit.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, serbuk penaik dan garam dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil kacau hingga jadi adunan sederhana pekat jangan terlalu cair.
  4. Panaskan minyak banyak dalam kuali menggunakan api sederhana besar.
  5. Celup ikan ke dalam adunan tepung hingga bersalut sekata.
  6. Goreng ikan dalam minyak panas sehingga garing dan berwarna keemasan.
  7. Angkat ikan dan toskan minyak berlebihan atas tisu dapur.
  8. Dalam mangkuk kecil lain campurkan semua bahan sos pencicah seperti sos cili, sos tomato, cuka, gula dan bawang putih. Kacau rata.
  9. Hidangkan ikan celup tepung panas-panas bersama sos pencicah.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Gulai telur stail Kelantan resipi Hisham Raus memang padu, tambah solok lada lagi sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Ikan kembung percik enak, juadah tradisional penuh aroma

Terhangat