KUALI | Nutrisi

Pahit tapi banyak kebaikan... Kajian saintis Jepun dedah rahsia kopi, kunci kulit cerah dan awet muda

Lead Image

KULIT wajah sihat dan awet muda memang menjadi dambaan bagi kebanyakan orang terutama kaum wanita.

Malah ada di antara mereka sanggup melabur ribuan ringgit semata-mata untuk membeli produk penjagaan wajah selain melakukan rawatan muka di pusat kecantikan ternama.

Namun satu kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Jepun mendapati amalan minum secawan kopi setiap hari dapat membantu menjadikan kulit lebih sihat dan cerah.

Ramai wanita hari ini sanggup berbelanja besar untuk membeli produk kecantikan wajah.

Kedengaran macam tak masuk akal, tetapi kajian diterbitkan menerusi Journal of Nutritional Science and Vitaminology itu turut membuktikan secawan kopi mampu membuatkan seseorang itu kelihatan lebih awet muda.

Kajian tersebut menyebut kandungan kafein dan polifenol dalam kopi memiliki kandungan antioksidan semula jadi.

Ia terbukti membantu melindungi kulit daripada kesan sinaran UV berbahaya untuk kulit.

MENARIK DIBACA: Khasiat aloe vera memang tiada lawan! Rupanya boleh jadi ubat ulser mulut

MENARIK DIBACA: Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda

Bukan itu sahaja, kopi juga didapati membantu melancarkan peredaran darah, sekali gus menjadikan kulit wajah seseorang kelihatan lebih cerah dan sihat.

Menariknya, kajian tersebut turut mendapati kesan terbaik dapat dilihat pada seseorang minum kopi hitam tanpa gula antara dua hingga tiga kali sehari.

Selain itu, kopi juga didapati dapat mempengaruhi perasaan seseorang selain memancarkan aura positif dalam diri mereka.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kacang kuda bantu atasi masalah sakit belakang wanita

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Empat nyawa sudah 'melayang', ketahui bahaya bakteria listeriosis pada cendawan enoki

Terhangat