KUALI | Nutrisi

Empat nyawa sudah 'melayang', ketahui bahaya bakteria listeriosis pada cendawan enoki

Lead Image

ENOKI antara cendawan wajib terutamanya dalam hidangan seperti sup, mi segera, steamboat dan salad.

Selain mempunyai rasa yang enak, cendawan ini juga tinggi dengan nilai khasiat seperti serat, antioksidan serta nutrisi baik untuk tubuh.

Bagaimanapun di sebalik keenakan cendawan ini, terdapat kewujudan bakteria listeria monocytogenes yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya dimakan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.

Cendawan enoki mengandungi pelbagai nutrisi baik untuk kesihatan.

Bakteria listeriosis tidak hanya mengakibatkan jangkitan ringan tetapi boleh menjadi berbahaya terutamanya kepada golongan berisiko tinggi seperti wanita hamil, bayi, warga emas serta individu mempunyai sistem imun lemah.

Antara simptom dirasai individu dijangkiti adalah termasuklah demam, sakit otot, loya, cirit-birit, dan dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan jangkitan pada darah atau otak malah kematian.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kewujudan bakteria ini dalam enoki sehingga mengorbankan empat nyawa dan kira-kira 30 individu dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat.

MENARIK DIBACA: Ini resipi ikan pekasam cara orang lama, memang bertambah nasi dibuatnya!

MENARIK DIBACA: [V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba

Susulan itu, pihak berkuasa di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Kanada mengeluarkan amaran keselamatan dengan menarik balik beberapa jenama cendawan enoki disahkan tercemar dengan listeria monocytogenes.

Walaupun kes tersebut berlaku di luar negara, pengguna tempatan wajar mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko jangkitan. 

Berikut beberapa langkah keselamatan disarankan sebelum menikmati cendawan enoki; 

Masak cendawan enoki sehingga betul-betul masak.

1. Masak cendawan enoki sehingga betul-betul masak

Elak dari menikmati cendawan ini secara mentah terutama bagi salad atau hidangan tidak melalui proses pemanasan mencukupi.

Basuh dengan bersih sebelum dimasak.

2. Basuh dengan bersih sebelum dimasak

Cuci di bawah air mengalir bagi menghilangkan kotoran dan bakteria yang mungkin terdapat pada permukaan.

Simpan di tempat yang sejuk.

3. Simpan di tempat yang sejuk

Simpan cendawan di dalam peti sejuk dan elakkan daripada membiarkannya pada suhu bilik terlalu lama.

Perhatikan sumber asal cendawan sebelum dibeli.

4. Perhatikan sumber pembelian

Pastikan cendawan dibeli daripada pembekal yang dipercayai dan perhatikan label serta tarikh luput.

Golongan berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati.

5. Golongan berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati

Wanita hamil, bayi, warga emas, dan mereka yang mempunyai masalah imun perlu memastikan makanan dimasak sepenuhnya sebelum dimakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Pahit tapi banyak kebaikan... Kajian saintis Jepun dedah rahsia kopi, kunci kulit cerah dan awet muda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Si manja tunjuk minat makanan pepejal, ibu-ibu boleh beri 5 makanan ini bantu bayi belajar kunyah

Terhangat