KUALI | Nutrisi

Si manja tunjuk minat makanan pepejal, ibu-ibu boleh beri 5 makanan ini bantu bayi belajar kunyah

Lead Image

APABILA si manja sudah mula mula tunjuk rasa minat terhadap makanan pepejal inilah masa terbaik untuk para ibu memperkenalkan pelbagai rasa dan tekstur makanan.

Proses belajar mengunyah bukan sahaja penting untuk perkembangan otot mulut tetapi juga membantu bayi belajar menelan dengan betul.

Berikut ialah 5 jenis makanan terbaik untuk membantu bayi belajar mengunyah dengan selamat dan menyeronokkan.

Sayur-sayuran sesuai sebagai makanan pertama membantu bayi belajar menggigit dan mengunyah.

1. Sayur rebus

Sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, brokoli, labu dan keledek sangat sesuai sebagai makanan pertama membantu bayi belajar menggigit dan mengunyah.

Kukus atau rebus hingga benar-benar lembut dan potong mengikut saiz genggaman bayi supaya mudah dipegang.

Sayur lembut membolehkan bayi belajar mengawal gigitan tanpa risiko tersedak. Ia juga kaya dengan serat dan nutrien penting untuk pertumbuhan.

Potong kecil atau lenyek separa agar bayi dapat merasai tekstur yang berbeza.

2. Buah masak ranum

Buah-buahan seperti pisang, avokado, betik dan mangga merupakan pilihan semula jadi yang lembut dan manis sesuai untuk bayi.

Potong kecil atau lenyek separa agar bayi dapat merasai tekstur yang berbeza.

MENARIK DIBACA: [V] Ara Johari tak kekok ke dapur, masak lemak cili api menu 'signature'

MENARIK DIBACA: Ramai elak makan sebab takut gout, tapi ketam banyak manfaat termasuk kuatkan ingatan

Buah masak ranum mudah dikunyah membantu melatih pergerakan tangan dan mulut serta membekalkan vitamin dan mineral penting.

Bayi boleh diperkenalkan kepada daging lembu, ayam atau ikan tanpa tulang seawal usia 8 bulan.

3. Daging cincang

Walaupun kelihatan sukar, bayi boleh diperkenalkan kepada daging lembu, ayam atau ikan tanpa tulang seawal usia 8 bulan asalkan teksturnya lembut.

Kukus, rebus atau reneh hingga lembut kemudian cincang halus atau siat kecil.

Daging cincang membantu bayi mengenal tekstur berserat dan menguatkan otot rahang serta lidah yang penting untuk bercakap kelak.

Tekstur makanan separa pejal seperti roti putih tanpa kulit, lempeng atau bubur oat pekat sesuai untuk latihan mengunyah.

4. Roti lembut atau bubur pekat

Tekstur makanan separa pejal seperti roti putih tanpa kulit, lempeng atau bubur oat pekat sesuai untuk latihan mengunyah.

Kepelbagaian tekstur yang tidak terlalu lembik dan terlalu keras membantu bayi belajar menggigit sebelum menelan serta melatih koordinasi lidah dan bibir.

Keju lembut dan tauhu kukus adalah pilihan sumber protein yang mudah dikunyah

5. Keju lembut atau tauhu kukus

Keju lembut dan tauhu kukus adalah pilihan sumber protein yang mudah dikunyah.

Potong kecil dalam bentuk finger food supaya bayi boleh memegang sendiri.

Pilihan makanan khasiat ini kaya dengan kalsium dan protein mudah dikunyah serta memperkenalkan rasa berlemak semula jadi yang digemari bayi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Empat nyawa sudah 'melayang', ketahui bahaya bakteria listeriosis pada cendawan enoki

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Sentuh sikit pun rasa mencucuk, pesakit saraf kena jauhi 5 sayuran ini atau gejalanya makin parah

Terhangat