Ramai elak makan sebab takut gout, tapi ketam banyak manfaat termasuk kuatkan ingatan
KALAU berkunjung ke restoran makanan laut, hidangan ketam pasti menjadi pilihan utama sebagai menu utama.
Ketam menjadi pilihan bukan sahaja kerana isinya enak tetapi cukup versetil dimasak pelbagai cara seperti masak lemak, goreng bercili, sup atau sekadar di rebus.
Terdapat pelbagai jenis ketam seperti ketam nipah, ketam bunga, ketam batu dan ketam hantu.

Ketam yang biasanya dimakan adalah ketam nipah dan ketam bunga.
Selain rasanya yang enak, ketam juga memiliki banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan.
Bagaimanapun ada juga yang takut hendak memakan ketam kerana ia sering dikaitkan dengan masalah elergi selain penyakit gout.
MENARIK DIBACA: Macam senang tapi ada petua nak masak bubur pulut hitam, memang rasa air tangan orang dulu-dulu
MENARIK DIBACA: Jemu makan nasi? Spageti masak lemak jawapannya, gabungan sempurna barat dan Melayu
Sebenarnya hidupan laut itu mempunyai manfaat seperti membantu menguatkan otak selain mengurangkan risiko penyakit pelupa seperti dementia dan alzheimer jika dimakan sekali seminggu.
Tidak cuma itu, ketam juga memiliki banyak manfaat lain yang bagus untuk pertumbuhan kanak-kanak.
Kali ini Kuali akan kongsikan lima manfaat lain pada ketam yang mungkin tidak ketahui ramai.

1. Kesihatan jantung
Ketam memiliki kandungan nutrien seperti asid lemak omega 3, protein, selenium dan kalium yang bagus untuk kesihatan kardiovaskular, sekali gus membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Kurangkan risiko anemia
Ketam kaya dengan kandungan zat besi heme, folate dan vitamin B12 yang mudah diserap tubuh untuk membentuk sel darah merah dan hemoglobin dan menyokong kesihatan darah secara keseluruhan.

3. Pertumbuhan otot
Kandungan protein dan asid amino yang tinggi pada ketam membantu untuk membina dan memulihkan otot terutama bagi kanak-kanak.

4. Memelihara sistem imun
Ketam memiliki kandungan nutrien seperti zink, selenium dan protein yang penting untuk membentuk sistem imun tubuh dan membantu sel darah putih melawan jangkitan.

5. Menjaga sistem saraf
Kandungan vitamin B12, selenium dan copper atau tembaga yang baik untuk memelihara sistem saraf manusia.