Konon nak sihat tapi punca perut meragam, elak 6 buah-buahan ini ketika sarapan
ADA di antara kita gemar mengambil buah-buahan sebagai sarapan pagi dan mengelak pengambilan makanan berat seperti roti canai atau nasi lemak yang mengandungi kalori tinggi.
Namun tanpa disedari bukan semua buah itu sesuai dinikmati pada waktu pagi dan sebaik-baiknya perlu dielakkan kerana ia boleh menjadi punca sakit perut.
Jika ingin menikmati buah pada waktu pagi pilih yang rendah asid seperti epal atau pir.
Ia mampu membekalkan tenaga kepada tubuh tanpa menggangu sistem penghadaman.

Kuali senaraikan enam jenis buah yang patut dielakkan bagi mengelak perut anda meragam pada waktu pagi.
1. Betik
Buah ini mengandungi enzim papain baik untuk pencernaan, tetapi pengambilan ketika perut kosong boleh menyebabkan kembung atau cirit-birit.
Sifatnya yang sedikit asidik juga boleh mengganggu perut yang masih kosong.
2. Nanas
Kaya dengan bromelain, enzim ini membantu penghadaman protein.
Kandungan asid tinggi dalam nanas boleh menyebabkan pedih ulu hati atau iritasi pada perut kosong.
MENARIK DIBACA: Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk
MENARIK DIBACA: Ini cara orang Thailand buat pulut mangga, memang habis sepinggan!
3. Oren
Oren kaya dengan vitamin C, tetapi juga bersifat asidik.
Makan dengan perut kosong boleh meningkatkan keasidan perut dan menyebabkan rasa pedih atau loya.

4. Pisang matang
Pisang matang mengandungi gula semula jadi yang tinggi.
Jika dimakan perut kosong, ia boleh menyebabkan lonjakan gula darah yang cepat dan diikuti dengan rasa lesu atau mengantuk.

5. Tomato
Kandungan asid tinggi dalam tomato boleh merengsakan perut kosong dan menyebabkan gastrik bagi mereka sensitif.
Sebaiknya nikmati buah ini bersama makanan lain atau pada waktu tengah hari.

6. Salak
Salak kaya dengan serat dan gula semula jadi, tetapi jika dimakan perut kosong ia boleh menyebabkan perut terasa berat atau kembung.
Kandungan asidnya sederhana juga boleh mengganggu perut sensitif.