Sentuh sikit pun rasa mencucuk, pesakit saraf kena jauhi 5 sayuran ini atau gejalanya makin parah
RAMAI dalam kalangan masyarakat Malaysia menderita penyakit saraf sama ada diakibatkan oleh kecederaan, pembedahan atau pun diabetes.
Masalah gangguan sistem saraf pusat boleh menyebabkan gejala seperti kebas, lemah otot, rasa mencucuk dan gangguan koordinasi.
Selain rawatan perubatan, pola pemakanan sihat memainkan peranan besar dalam mengurangkan keradangan dan menyokong fungsi saraf.
Ramai juga yang mengelak makanan berlemak dan tinggi gula sebagai mengawal masalah itu selain pengambilan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet.
MENARIK DIBACA: Ini resipi ikan pekasam cara orang lama, memang bertambah nasi dibuatnya!
MENARIK DIBACA: [V] Rasa asli Thailand di Nong & Jimmy, 3 menu ini wajib cuba
Walaupun sayuran biasanya dianggap sihat, tidak semua sesuai untuk penderita masalah saraf.
Ini disebabkan sesetengah sayur mengandungi bahan merangsang keradangan, meningkatkan toksin dalam tubuh atau mengganggu penyerapan nutrien seperti vitamin B dan magnesium iaitu unsur penting kesihatan saraf.
Berikut adalah lima jenis sayur wajar dielakkan bagi penderita masalah saraf.

1. Kentang
Kentang yang bertunas atau berwarna hijau mengandungi solanine iaitu sejenis toksin semula jadi dari kumpulan alkaloid yang boleh mengganggu penghantaran isyarat saraf.
Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan gejala seperti kejang, sakit kepala atau rasa kebas.
Alternatif lebih selamat seperti ubi keledek kaya dengan vitamin A dan serat tanpa kandungan solanine tinggi.

2. Terung
Terung berasal daripada kumpulan tumbuhan yang sama seperti kentang.
Ia mengandungi sedikit nikotin dan bahan semula jadi (alkaloid) yang boleh menyebabkan keradangan ringan pada sesetengah orang terutama penghidap masalah saraf seperti neuropati.
Anda boleh gantikan labu muda kerana ia lebih lembut pada saraf badan dan tidak mudah mengganggu saraf.

3. Cili dan lada benggala
Cili mengandungi capsaicin iaitu bahan yang memberi rasa pedas tetapi boleh menimbulkan sensasi terbakar atau mencetuskan saraf menjadi lebih sensitif.
Bagi penderita saraf capsaicin boleh menyebabkan ketidakselesaan pada saraf badan.
Anda boleh lebihkan bahan dalam masakan seperti kunyit atau halia yang bersifat antiradang semula jadi.

4. Tomato
Tak kurang juga buah tomato turut mengandungi tomatine sejenis alkaloid tinggi boleh menjejaskan kesihatan saraf.
Selain itu, tomato masam boleh menyebabkan ketidakseimbangan pH badan yang tidak baik bagi pemulihan saraf.
Timun atau lobak merah sebagai bahan salad atau sos rendah asid.

5. Bayam mentah
Walaupun kaya zat besi, bayam mengandungi asid oksalik yang boleh mengurangkan penyerapan kalsium dan magnesium iaitu dua mineral penting untuk kesihatan saraf
Jika dimakan terlalu banyak, ia boleh mengurangkan penyerapan nutrien penting.
Kukus bayam sebelum dimakan atau gantikan dengan sawi, kangkung, brokoli yang lebih mesra saraf.