Macam senang tapi ada petua nak masak bubur pulut hitam, memang rasa air tangan orang dulu-dulu
BUBUR pulut hitam antara pencuci mulut tradisional yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak manis.
Walaupun cara penyediaannya agak mudah namun tidak ramai yang mampu memasak juadah itu dengan sempurna.
Ada terlalu cair, ada pula butir pulutnya masih keras walaupun sudah lama dimasak.
MENARIK DIBACA: Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam
MENARIK DIBACA: Bimbang lapar ketika hiking, ini 5 makanan mudah disediakan tapi mengenyangkan
Memasak hidangan ini bukan sahaja memerlukan kemahiran tetapi teknik yang betul agar bubur pulut hitam masak sekata dan lembut.
Ada enam tip mudah tetapi penting dalam memastikan bubur pulut hitam anda masak sempurna, tidak berjelatah dan kekal enak seperti air tangan orang-orang lama.

1. Rendam berat pulut hitam
Rendam beras pulut hitam sekurang-kurangnya 3 jam atau lebih baik semalaman. Ini bagi membantu butir pulut mengembang, masak lebih cepat dan seragam.
2. Gunakan nisbah air sesuai
Ketika merebus pulut, jangan terlalu banyak air supaya bubur tidak menjadi terlalu cair (berjelatah).
3. Pulut kena empuk
Apabila butir pulut hitam sudah empuk dan kelihatan kembang atau pecah, itu menandakan ia sudah masak dengan baik.

4. Masukkan santan, gula dan garam pada waktu tepat
Sejurus pulut masak, masukkan santan. Boleh gunakan santan cair dahulu, diikuti santan pekat.
Masukkan gula melaka atau gula perang serta gula putih sesuai rasa. Tambah sedikit garam untuk seimbangkan rasa.
5. Kawal tekstur kuah bubur
Jika anda mahu bubur lebih pekat dan tidak berjelatah gunakan santan pekat pada peringkat akhir.
Gunakan api kecil ketika selepas memasukkan santan supaya santan tidak terpisah atau pecah berminyak.
Kacau ketika santan sedang mendidih untuk elakkan bahagian bawah periuk hangit.