[V] Ara Johari tak kekok ke dapur, masak lemak cili api menu 'signature'
PENYANYI Ara Johari bukan sahaja hebat di pentas mengalunkan lagu bernada tinggi tetapi rupanya lincah di dapur.
Kata Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 28, walaupun sibuk dengan karier sebagai penyanyi itu bukan alasan untuknya tidak ke dapur dan belajar memasak.
Malah Ara percaya, seorang wanita perlu tahu memasak sekurang-kurangnya menu ringkas.

"Sebagai wanita saya berpendapat seseorang itu harus tahu memasak sekurang-kurangnya dua jenis menu... Tak sedap pun tidak mengapa, janji kita cuba masak.
"Saya pun kadang-kadang order sahaja kalau terlalu sibuk tapi kalau ada masa saya memang masak sendiri di rumah," katanya kepada Kuali.
Dalam pada itu, masak lemak cili padi merupakan menu kegemaran dan 'signature' jika dia memasak.
Sebagai anak jati kelahiran Negeri Sembilan, Ara menganggap dia wajib tahu memasak hidangan tersebut.
MENARIK DIBACA: Tak payah bazir duit beli di kafe... Resipi frozen coffee senang sangat, hanya perlu 3 bahan
MENARIK DIBACA: Rasa nak tercabut gigi kunyah sotong liat, jangan terus dibuang... Ada cara nak lembutkannya
Selain masak lemak cili api, Ara juga pandai memasak beberapa jenis makanan lain seperti asam pedas dan tom yam yang dipelajari daripada ibunya.
"Saya suka masak makanan berkuah seperti lemak cili api, asam pedas dan tom yam.
"Cuma saya kurang mahir masak kari dan sambal, memang selalu gagal," katanya.