KUALI | Menu Selebriti

[V] Afieq Syazwan elak minum kopi dan teh susu sebelum persembahan, punca tekak berkahak

Lead Image

JIKA ada sesetengah penyanyi mengamalkan madu atau tidak minum minuman sejuk bagi menjaga vokal, berlainan pula untuk Afieq Shazwan.

Afieq memberitahu dia akan mengelak mengambil minuman berkafein seperti kopi dan  teh bersusu kerana ia mengakibatkan tekaknya berkahak dan menggangu nyanyian.

"Selalunya seminggu sebelum membuat persembahan saya akan jaga betul-betul makan dan minum saya.

Afieq Shazwan mengamalkan minum air limau suam atau lemon madu untuk menjaga suaranya.

"Kalau penyanyi lain mungkin elak minuman berais atau makanan berminyak, tapi saya pula pantang dengan minuman kopi dan teh susu.

"Kedua-dua minuman itu boleh sebabkan tekak saya berkahak dan menjejaskan nyanyian saya," katanya ketika ditemui Kuali.

Bagi memastikan suaranya berada dalam keadaan baik, penyanyi berusia 28 tahun itu mengamalkan meminum air limau suam atau air lemon yang dicampur bersama madu.

MENARIK DIBACA: Ramai elak makan sebab takut gout, tapi ketam banyak manfaat termasuk kuatkan ingatan

MENARIK DIBACA: [V] Ara Johari tak kekok ke dapur, masak lemak cili api menu 'signature'

"Alhamdulillah setakat ini limau suam dan lemon madu memang berkesan untuk jaga suara saya.

"Paling tidak pun saya hanya minum air suam sahaja. Itu pun sudah memadai," katanya yang turut memiliki alahan dengan belacan.

Bercerita tentang bakatnya dalam memasak, pemenang tempat ketiga program Big Stage musim pertama itu mengaku malas ke dapur.

Mengakui malas ke dapur, Afieq sebenarnya memiliki kebolehan memasak asam pedas ikan pari dan dendeng daging.

Afieq bagaimanapun mengakui boleh memasak beberapa jenis hidangan seperti asam pedas ikan pari dan dendeng daging.

"Saya boleh masak beberapa hidangan seperti asam pedas ikan pari dan dendeng daging. Itu sahaja saya reti.

"Tapi kalau suruh saya masak, saya sangat malas sebenarnya. Saya cuma rajin tolong cuci pinggan di dapur," katanya sambil ketawa.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Air tangan ibu tiada tandingan, Aliff Aziz cari isteri pandai masak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Ara Johari tak kekok ke dapur, masak lemak cili api menu 'signature'

Terhangat