KUALI | Menu Selebriti

[V] Air tangan ibu tiada tandingan, Aliff Aziz cari isteri pandai masak

Lead Image

KATA orang air tangan ibu adalah segala-galanya walaupun cuma hanya hidangan sederhana.

Itu juga perasaan dirasakan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz terhadap masakan ibu tersayang iaitu Siti Hafiza Basharahil yang dianggap sarat dengan kasih sayang.

Bukan dia seorang merasakan perkara sama tetapi Aliff, 34, percaya orang lain juga merasakan perkara sama tentang ibu masing-masing.

"Masakan umi saya, masya-Allah kalau diletakkan bersama hidangan lain saya akan pilih masakannya kerana tiada tandingan.

Selain masakan kampung Aliff juga menggemari hidangan seperti nasi padang dan nasi kandar.

"Antara masakannya yang menjadi kegemaran saya ialah sambal dendeng yang menjadi makanan kegemaran kami sekeluarga.

"Tapi saya percaya orang lain juga akan kagum dengan masakan ibu masing-masing kerana tiada tandingan," kata artis kelahiran Singapura itu.

Pun begitu, Aliff tanpa berselindung dia hanya tahu 'makan' kerana tidak mempunyai bakat dalam bidang masakan.

MENARIK DIBACA: Simpan nasi dalam peti sejuk belum tentu selamat, boleh jadi penyebab keracunan makanan

MENARIK DIBACA: [V] Makan puas-puas dengan set prime platter The Soru Station, 13 menu dalam satu talam gergasi

Disebabkan itu juga, Aliff berharap dapat bertemu dengan seorang wanita yang memiliki kebolehan memasak sebagai isteri.

"Saya memang tidak pandai memasak. Kalau masakan ringkas saya boleh.

"Mungkin saya kena cari seseorang (bakal isteri) yang boleh memasak atau saya sendiri kena masuk kelas memasak, insya-Allah," seloroh bekas suami pelakon Bella Astillah itu.

Menyelami lebih jauh tentang seleranya, selain air tangan ibu, Aliff juga amat menggemari makanan lain seperti nasi kandar, nasi padang dan ayam gepuk.

Sebagai lelaki, Aliff mengakui tidak berapa mahir memasak.

Walaupun dilahirkan di Singapura, juara program Gegar Vaganza musim ke-8 itu turut menggemari masakan kampung.

"Tekak saya lebih kepada lauk-lauk Melayu seperti nasi padang, nasi campur dan nasi kandar.

"Senang kata saya tidak cerewet soal makan.

"Cuma saya tidak amalkan makan secara berlebihan demi menjaga kesihatan," jelasnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Menu Selebriti

[V] Hampir 25 tahun berhijrah ke Malaysia, nasi goreng ‘bodoh’ isteri tetap kegemaran Mark Adam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Menu Selebriti

[V] Afieq Syazwan elak minum kopi dan teh susu sebelum persembahan, punca tekak berkahak

Terhangat