[V] Hampir 25 tahun berhijrah ke Malaysia, nasi goreng ‘bodoh’ isteri tetap kegemaran Mark Adam
HAMPIR 25 tahun menetap di Malaysia, lidah penyanyi Mark Adam sudah cukup sebati dengan makanan tempatan seperti mi goreng mamak, nasi lemak dan rendang.
Bagaimanapun, kesemua hidangan popular itu tidak dapat menandingi keenakan nasi goreng 'bodoh' air tangan isterinya, Nor Azah Redzuan.
Kata Mark, 46, yang berasal dari Filipina, nasi goreng buatan isterinya itu sangat sedap walaupun dimasak menggunakan bahan ringkas.

"Mi goreng mamak, nasi lemak dan rendang antara makanan tempatan pertama yang saya cuba ketika mula menjejakkan kaki di negara ini pada 2001.
"Tapi keenakan makanan tersebut tak boleh menandingi nasi goreng 'bodoh' masakan isteri saya.
"Nasi goreng itu ringkas sahaja, hanya menggunakan bawang putih tetapi rasanya sangat sedap," katanya.
Berkongsi perbezaan masakan kedua-dua negara, Mark menjelaskan juadah Filipina biasanya tidak begitu pedas berbanding makanan di Malaysia.
MENARIK DIBACA: Pasar raya di Korea perkenal konsep 'Haru Hana Banana', elak pisang busuk secara serentak
MENARIK DIBACA: [V] Air tangan ibu tiada tandingan, Aliff Aziz cari isteri pandai masak
Sebagai contoh, di Filipina juga terdapat mi goreng, namun rasanya berbeza dan tidak pedas seperti masakan mi goreng mamak.
"Di Filipina ada mi goreng, tapi tidak sama dengan mi goreng mamak yang ada di Malaysia.
"Mi goreng di Filipina tidak pedas, tapi tetap sedap," katanya.