[V] Berhenti makan selepas pukul 9 malam rahsia badan sasa Daniel Fong
PELAKON Daniel Fong bukan sahaja memiliki bakat luar biasa dalam bidang lakonan tetapi turut datang dengan pakej lengkap.
Tubuhnya yang sasa umpama seorang atlet membuatkan Daniel berada dalam kelasnya yang tersendiri sebagai generasi baharu dalam dunia hiburan.
Namun kelebihan dimiliki itu bukan disebabkan tuah tetapi hasil usaha pelakon 32 tahun itu mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam dan diet yang ketat.

Kongsi Daniel, sejak di universiti lagi dia sudah mula menjaga pemakanan malah langsung tidak sentuh gula dan makanan ringan.
"Saya langsung tidak 'sentuh' gula terutama air manis sebab saya mahu jaga jumlah kalori yang diambil setiap hari.
"Begitu juga dengan makanan ringan. Saya takut kalau makan makanan ringan nanti susah hendak berhenti," katanya sambil ketawa.
Pada masa sama, pelakon berbangsa Cina itu juga turut menjaga waktu pemakanannya dan akan berhenti daripada mengambil sebarang bentuk makanan selepas pukul 9 malam.
MENARIK DIBACA: [V] Wany Hasrita ‘kalah’ dengan makanan manis, setiap hari berazam ubah tabiat
MENARIK DIBACA: Hitam bukan sebarang hitam... Biji betik banyak khasiat, bantu singkir racun dan parasit dalam usus
Pun begitu, sebagai manusia biasa lebih-lebih lagi tinggal di Malaysia yang sememangnya kaya dengan pelbagai makanan lazat, sekali-sekala Daniel akan 'langgar' pantang jika tidak terikat dengan jadual penggambaran.
"Kalau sibuk saya cuma makan sekali sahaja iaitu makan tengah hari.
"Tapi kalau sedang bercuti atau tidak berlakon, saya boleh makan dari pagi sampai ke malam. Memang sangat bahaya. Cuma saya akan kawal pengambilan karbohidrat supaya tidak gemuk," ujarnya.