[V] Wany Hasrita ‘kalah’ dengan makanan manis, setiap hari berazam ubah tabiat
SETIAP manusia mempunyai makanan kegemaran tersendiri seperti pencuci mulut yang manis.
Rasanya bukan sahaja sedap tetapi ia turut memberi pengaruh kepada ‘mood’ seseorang apabila dapat menikmati makanan kegemaran mereka.
Seperti penyanyi Wany Hasrita, dia kuga penggemar makanan dan minuman manis.
Namun, meniti usia 33 tahun, Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah sedar dia perlu mengubah tabiat pemakanannya demi kesihatan diri untuk jangka panjang.

Justeru kata Wany, setiap hari dia berazam untuk mengurangkan pengambilan makanan manis walaupun sukar meninggalkan tabiat tersebut.
“Kelemahan saya adalah, saya sangat sukakan makanan manis seperti pencuci mulut. Selain itu saya juga sukakan makanan ringan.
“Tapi seiring dengan peningkatan usia, saya berusaha untuk mengubah tabiat itu.
“Jadi setiap hari selepas bangun pagi, saya akan berazam untuk kurangkan makan makanan manis walaupun selalu 'tersasar',” katanya ketika ditemui Kuali.
MENARIK DIBACA: [V] “Saiznya besar-besar!” - Aliff Hot Chicken ayam goreng pasar malam ‘level’ jenama popular
MENARIK DIBACA:Senang sangat cara buat sambal penyet, influencer Indonesia kongsi rahsia tak cepat basi
Bercakap tentang rutinnya selepas bergelar isteri dan ibu, pelantun Menahan Rindu itu lebih rajin memasak di rumah untuk anak sulungnya, Aishah Al Iman yang kini berusia dua tahun.
Ujar Wany, sebagai ibu sudah menjadi tanggungjawabnya menyediakan keperluan makan minum anaknya setiap hari di rumah selain memastikan puteri kesayangannya itu mendapat nutrisi seimbang.
"Selepas berkahwin dan memiliki cahaya mata, saya jadi lebih rajin memasak di rumah lebih-lebih lagi sekarang saya sudah memiliki seorang cahaya mata.
“Saya akan pastikan apa saya makan, anak juga boleh menikmatinya.
“Maksudnya makanan yang saya masak tidak boleh terlalu pedas. Tapi yang penting hidangan itu perlu sihat dan cukup nutrisi diperlukan anak saya," ujarnya.