KUALI | Nutrisi

Khasiat aloe vera memang tiada lawan! Rupanya boleh jadi ubat ulser mulut

Lead Image

ALOE VERA atau juga dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan sejenis tumbuhan yang boleh ditemui di kawasan beriklim tropika.

Sejak ribuan tahun lalu, aloe vera telah digunakan sebagai bahan semula jadi bukan sahaja untuk kesihatan bahkan juga kecantikan.

Keistimewaan aloe vera adalah terletak lendirnya yang kaya dengan kompaun bioaktif seperti vitamin, mineral, asid amino dan antioksida.

Selain digunakan secara luaran, aloe vera juga boleh diolah dalam bentuk minuman dan bagus untuk kesihatan dalaman.

Kali ini, Kuali akan mengupas lima manfaat serta kebaikan yang boleh diperoleh daripada pokok aloe vera.

Aloe vera membantu merangsang proses pemulihan luka serta boleh mencegah penyakit.

1. Bersifat antioksida dan antibakteria

Antara kompaun antioksida yang terkandung dalam aloe vera ialah polyphenol yang membantu membuang radikal bebas yang merosakkan sel kulit badan.

Aloe vera adalah bahan yang sangat penting dalam produk kecantikan kerana manfaatnya dalam mengurangkan tanda-tanda penuaan.

MENARIK DIBACA: [V] Masih lincah di usia 53 tahun... Air putih rahsia awet muda Norman KRU, dah lama tak sentuh kafein

MENARIK DIBACA: Rakyat Malaysia lebih suka makan di luar, perbelanjaan ke restoran meningkat pada 2024

Polyphenol ini bersama dengan bahan-bahan lain di dalam aloe vera boleh membantu melawan bakteria berbahaya tertentu yang menyebabkan jangkitan.

Jika digunakan secara topikal (sapuan), aloe vera membantu merangsang proses pemulihan luka serta boleh mencegah penyakit dan menyahtoksik sistem penghadaman.

Gel (lendir) pada aloe vera telah terbukti melambatkan penuaan kulit.

2. Memelihara kesihatan kulit

Aloe vera mempunyai kemampuan untuk merangsang fibroblast, iaitu sejenis sel kulit yang menghasilkan kolagen.

Kolagen merupakan protein yang penting dalam mengekalkan struktur dan keanjalan kulit.

Gel (lendir) pada aloe vera telah terbukti melambatkan penuaan kulit. Produk kosmestik anti-penuaan seperti pelembap dan krim mata yang mengandungi bahan dari laloe vera boleh mengurangkan kedutan serta tanda-tanda penuaan yang lain.

Kajian saintifik membuktikan aloe vera adalah rawatan yang efektif untuk merawat lecur tahap pertama dan kedua.

3. Menggalakkan proses pemulihan

Selain merawat luka, aloe vera juga berupaya membantu merawat kecederaan kulit akibat melecur.

Kajian saintifik membuktikan aloe vera adalah rawatan yang efektif untuk merawat lecur tahap pertama dan kedua.

Kajian turut mendapati bahawa aloe vera mampu memendekkan proses pemulihan dari kebakaran sekitar sembilan hari berbanding ubat konvensional.

Biasanya ia digunakan secara topikal dengan menyapu gelnya (lendirnya) pada kulit.

Lendir aloer vera membantu pertumbuhan rambut yang lebih pantas selain membuatkan rambut kelihatan lebih hitam dan berkilat.

4. Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut

Menyapu lendir aloer vera pada kulit kepala boleh membantu pertumbuhan rambut yang lebih pantas.

Cara yang paling biasa digunakan adalah dengan menyapu gel dari daun lidah buaya pada rambut dan membilasnya selepas satu jam.

Hasilnya rambur akan kelihatan lebih sihat, tebal dan berkilat!

Aloe vera menggalakkan proses penyembuhan ulser mulut selain dapat mengatasi rasa sakit kerana sifatnya yang sejuk.

5. Membantu merawat masalah ulser mulut

Ulser mulut sering menjadi masalah yang kerap dialami oleh ramai orang sehngga  berlarutan antara seminggu hingga 10 hari.

Aloe vera ternyata terbukti sebagai rawatan dengan menggalakkan proses penyembuhan ulser mulut selain dapat mengatasi rasa sakit kerana sifatnya yang sejuk.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kalau tengah diet elok makan jambu batu, siap boleh bantu cantikkan kulit

Terhangat